Beri Mereka Biasiswa - Dr Chua

Diterbitkan: Khamis, 18 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelajar cemerlang yang gagal mendapatkan kursus popular di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) wajar ditawarkan tempat di kolej swasta dengan tajaan biasiswa oleh kerajaan, kata Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Dr Chua berkata MCA difahamkan ada permintaan yang sangat tinggi bagi kursus popular seperti perubatan, farmasi dan IPTA tidak mampu menerima semua pelajar cemerlang ini kerana tempat yang tidak mencukupi.

"Dalam kes seperti ini, pelajar yang layak perlu ditawarkan tempat di universiti swasta dengan tajaan biasiswa disediakan oleh kerajaan.

"Sejak kerajaan berhenti memberikan biasiswa kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia para pelajar cemerlang ini diterima masuk ke universiti terkemuka.

"Justeru cara lain yang boleh diambil ialah dengan menyediakan tempat kepada pelajar yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 4.0 dalam peperiksaan STPM mereka," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

"Setiap pelajar yang layak perlu diberi jaminan untuk mendapat tempat di universiti dan mereka tidak harus berpaling ke tempat lain melainkan mereka tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan," katanya.

Dr Chua berkata demikian sebagai mengulas mengenai ratusan pelajar termasuk 55 pelajar cemerlang dengan CGPA 4.0 yang tidak ditawarkan kursus perubatan dan kursus lain pilihan mereka di IPTA.

Beliau turut menggesa kerajaan memgambil semua pelajar cemerlang yang memperoleh CGPA 4.0 tanpa sebarang kelewatan lagi.

Ia selaras dengan agenda kerajaan untuk melahirkan lebih ramai bakat tempatan untuk memenuhi keperluan pembangunan negara ke arah negara berpendapatan tinggi menjelang, 2020, katanya.

"MCA tegas bahawa kerajaan perlu menyediakan peluang pengajian tinggi kepada semua pelajar berdasarkan meritokrasi.

"Saya ingin mengingatkan pelajar yang mendapat CGPA 4.0 juga boleh memilih kursus lain yang terdapat dalam pilihan mereka dan tidak hanya bergantung kepada kursus popular seperti perubatan dan farmasi," katanya.

Dr Chua berkata, beliau akan membawa isu dan rungutan pelajar terlibat kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, kira-kira 33 pelajar cemerlang STPM yang mengalami masalah dengan borang permohonan untuk memasuki IPTA, juga telah meminta bantuan MCA selepas parti itu mengetengahkan 108 kes rayuan pada Selasa.

Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, beliau menjangkakan lebih ramai akan tampil selepas ini.

Beliau menambah, kebanyakan daripada pelajar cemerlang berkenan telah memilih kursus perubatan, pergigian, farmasi dan kejuruteraan.

Dr Wee berkata, beliau akan menganalisa setiap kes untuk mencari jalan terbaik membatu mereka.

Sehingga hari ini, Dr Wee berkata 14 kes tidak mendapat sebarang tawaran, sementara 12 lagi diberikan pilihan terakhir mereka sementara selebihnya tidak mendapat kursus yang mereka pohon.

Katanya lagi, ada juga sejumlah kecil yang disifatkan sebagai 'permintaan yang tidak munasabah' sebagai contoh mahu belajar kursus perubatan di Universiti Malaya walaupun telah ditawarkan tempat di Universiti Kebangsaan Malaysia.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan