Remaja Syria Terkandas di KLIA Dibawa Ke Hospital Selepas Alami Demam Panas

Diterbitkan: Rabu, 17 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hasan, 11, bersama ibunya, Rwaida dibawa keluar daripada hotel transit mereka selepas dia mengalami demam panas. Dia dikejarkan ke unit rawatan rapi Hospital Serdang malam Isnin. Foto THE STAR.
Hasan, 11, bersama ibunya, Rwaida dibawa keluar daripada hotel transit mereka selepas dia mengalami demam panas. Dia dikejarkan ke unit rawatan rapi Hospital Serdang malam Isnin. Foto THE STAR.

PETALING JAYA: Kanak-kanak lelaki, Hasan Ali, 11, akhirnya berjaya meninggalkan ruang transit terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas dia tidak sihat.

Remaja lelaki Syria itu, mengalami demam panas dan telah disahkan oleh doktor yang memeriksanya di klinik transit KLIA pada pukul 10 malam Isnin.

Hasan kemudiannya dikejarkan ke unit rawatan rapi Hospital Serdang yang terletak kira-kira 50 kilometer daripada lapangan terbang mengakui itulah 'rumahnya' sejak 12 hari lalu.

Hasan dan ayahnya Khaled Ali diberikan kebenaran khas oleh Jabatan Imigresen untuk memasuki Malaysia kerana mereka telah kehilangan pasport mereka kepada seorang lelaki di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Khaled yang tiba di KLIA pada 3 Julai lalu, sedih kerana isteri dan tiga orang anaknya masih terkandas hotel transit sementara dia terpaksa menjaga Hasan.

"Saya berada dalam situasi yang sangat sukar dan tidak tahu apa yang hendak dilakukan selepas ini," kata Khaled, yang telah menyerahkan wang sebanyak AS$9,500 (RM28,500) bersama-sama pasport mereka kepada seorang lelaki di Abu Dhabi yang menawarkan bantuan untuk mendapatkan pasport Sweden sebaik sahaja mereka tiba di KLIA.

Khaled berkata tujuan utama dia memasuki Malaysia adalah kerana dia mahu ke Sweden untuk mendapatkan rawatan bagi anak lelakinya yang tidak dapat berjalan dan bercakap. "Kedutaan Syria di Kuala Lumpur memaklumkan kepada saya bahawa tempoh enam bulan diperlukan bagi menggantikan pasport kami yang baru. Bagaimanapun, jika kami berjaya memperolehinya kami tidak akan pulang ke negara asal kami.

"Isteri saya, Rwaida dan saya telah kehilangan adik beradik kami dalam beberapa kes letupan di sana," kata sambil menambah konflik di Syria telah menggangu kehidupan keluarga dan pembelajaran anak-anaknya.

Khaled berkata dia memperoleh pendapatan bulanan sekitar US$200 (RM600) dengan berkerja sebagai guru serta pengurus stor IT di Syria sebelum dia terbang ke Moscow untuk mendapatkan rawatan untuk anaknya.

Jabatan Imigresen mula menyiasat kes berkenaan selepas The Star mendedahkan kisah Khaled selepas dia menunjukkan bukti kepada polis, sekeping gambar dan maklumat mengenai lelaki yang dikenali sebagai Abdul Rahman Salekh,50.

Malaysia Airport Holdings Bhd juga telah meningkatkan pengawasan di zon transit berkenaan bagi mengenal pasti penumpang yang diragui bagi mengelakkan mereka menggunakan tempat tersebut untuk menjalankan kegiatan haram.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan