Permohonan Maaf Sahaja Tidak Cukup - Thamotharan

Diterbitkan: Rabu, 17 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Amal India Baru Malaysia (Perinnbam) Thamotharan Uthirapathai menyifatkan permohonan maaf daripada pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee yang mempersendakan bulan Ramadan dan umat Islam di laman Facebook mereka Khamis lalu sahaja tidak mencukupi.

Sebaliknya, menurut Thamotharan, pasangan tersebut sewajarnya dikenakan tindakan tegas dan hukuman berat kerana perlakuan mereka itu jelas mengguris hati umat Islam di negara ini.

Pasangan itu memuatkan naik permohonan maaf mereka kepada umat Islam menerusi satu klip video di YouTube pada Selasa.

"Walaupun mereka sudah memohon maaf...itu saja tidak cukup. Polis Diraja Malaysia (PDRM) harus mengambil tindakan sewajarnya kerana ada bukti mengenai mereka melakukannya.

"Jika mereka dibebaskan begitu sahaja, tidak mustahil perkara sama akan berulang lagi suatu hari nanti...mungkin mereka akan menghina kaum lain pula. Jadi tak ada kesudahan," katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Rabu.

Thamotharan hadir bersama-sama dengan 25 ahli Perinnbam membuat laporan polis terhadap pasangan tersebut di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Dang Wangi di sini kira-kira pukul 10.30 pagi Rabu.

Beliau berkata, tindakan pasangan itu seolah-olah dilakukan dengan sengaja untuk membangkitkan kemarahan umat Islam di negara ini.

"Perbuatan mereka juga jelas cuba mencetuskan ketegangan kaum di negara ini. Kita minta polis ambil tindakan tegas dan cepat bagi memastikan keharmonian kaum terus terjamin," katanya.

Sementara itu, beliau turut mencadangkan agar undang-undang mengenai kesalahan menghina agama kaum lain diwujudkan bagi memastikan semua agama di negara ini terpelihara.

"Dengan adanya undang-undang seperti itu, sesiapa saja tidak akan berani menghina agama kaum lain.

"Saya juga berharap hukuman yang diterima pasangan itu nanti menjadi pengajaran kepada orang ramai," katanya.

Pada Khamis lalu, pasangan yang popular dengan gelaran 'Alvivi' memuat naik gambar sedang menikmati hidangan dengan kapsyen 'Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)... wangi, enak dan menyelerakan' di laman Facebook mereka.

Tidak cukup dengan itu, mereka turut meletakkan logo halal pada gambar berkenaan.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan