Pembekal Dakwat Kekal Rapat Dengan Ketua SPR - Rafizi

Diterbitkan: Rabu, 17 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mendakwa seorang ahli perniagaan menerima kontrak bagi membekalkan dakwat kekal untuk pilihan raya umum walaupun mempunyai hubungan "yang rapat" dengan ketua Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan timbalannya.

Beliau mempersoalkan SPR jika benar ahli perniagaan Mohd Salleh Mohd Ali merupakan pembekal dakwat kekal untuk PRU-13.

"Saya menyeru kepada Arau (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim) untuk mengesahkan maklumat saya mengenai perkara ini.

"Ini adalah maklumat dalaman dari SPR," katanya kepada Parlimen ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2013 (2012) semasa bacaan kedua.

Rafizi mendakwa Mohd Salleh juga telah diberikan kontrak untuk beberapa projek yang melibatkan Kementerian Pertahanan dan agensi-agensi kerajaan yang lain.

Datuk Seri Reezal Merican (BN - Kepala Batas) kemudian mempersoalkan dakwaan Rafizi dan menegaskan bahawa amalan rundingan secara terus "bukanlah sesuatu yang baru."

"Ia juga diamalkan apabila Permatang Pauh (Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim) menjadi Menteri Kewangan. Saya bertanya ini dengan niat baik," kata beliau.

Rafizi berkata kontrak untuk membekalkan dakwat kekal boleh diberi melalui tender terbuka bagi mendapatkan nilai yang terbaik.

Dalam jawapan kepada Rafizi, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata, terdapat beberapa item PRU-13 yang terpaksa diambil daripada pembekal tempatan.

"Ini dikategorikan sebagai keperluan segera. Kerajaan akan mengambil tindakan supaya rundingan secara terus dapat dikurangkan," katanya.

Mengenai kos pembinaan enam buah kampus baharu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Rafizi mendakwa bahawa kos semasa adalah RM8.3 bilion melalui inisiatif pembiayaan swasta.

"Walau bagaimanapun, ini adalah empat kali ganda lebih mahal daripada jika kontrak dianugerahkan berdasarkan tender terbuka," katanya.

Tuntutan Rafizi itu kemudiannya dibidas oleh ahli Parlimen Barisan Nasional seperti Datuk Bung Mokhtar Radin (BN - Kinabatangan) yang memanggilnya "peniup trumpet" kerana 'meniupkan' isu ini.

Datuk Seri Azalina Othman (BN - Pengerang) menuduh Rafizi memanipulasi fakta dan beliau mampu untuk membuat tuduhan itu kerana beliau telah pun tamat pengajian.

"Dia tidak sedar bahawa ramai belia Malaysia mahu masuk UiTM dan terdapat keperluan untuk membina lebih kampus kerana ia tidak mencukupi," katanya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan