Pelbagai Pandangan Diambil Kira Gubal Undang-Undang Baru - PM

Diterbitkan: Rabu, 17 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Datuk Redza Rafiq (kanan) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Wahid Omar pada majlis menandatangani empat dokumen perjanjian program pembangunan koridor utara dari setiap negeri di wilayah utara di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya pada Rabu. -Foto BERNAMA
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Datuk Redza Rafiq (kanan) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Wahid Omar pada majlis menandatangani empat dokumen perjanjian program pembangunan koridor utara dari setiap negeri di wilayah utara di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya pada Rabu. -Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan membincangkan pelbagai pandangan mengenai keperluan menggubal satu rang undang-undang baharu menyamai Ordinan Darurat 1969 (EO) yang dimansuhkan pada 2011.

Beliau berkata perbincangan itu akan merujuk kepada pandangan polis bahawa rang undang-undang baharu itu akan dapat membendung jenayah.

Katanya ada pihak yang mahu supaya dibenarkan aspek penahanan untuk pencegahan atau 'preventive detention'.

Walaupun ada yang tidak bersetuju, namun menurut Perdana Menteri apa yang penting dalam sebarang perundangan ialah perlu ada keseimbangan dalam melindungi hak individu, di samping menjaga kepentingan masyarakat. "Ia juga perlu memastikan tidak berlaku salah guna kuasa oleh mana-mana pihak. Ini proses perbincangan yang akan kita lakukan," katnya dalam satu persidangan media di bilik mesyuarat khas pejabatnya di sini.

Katanya di samping mendapatkan pandangan polis dan Peguam Negara, kerajaan juga akan mengambil kira pendapat beberapa pihak yang berkepentingan dalam soal itu seperti Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan Majlis Peguam.

Awal bulan ini Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dilaporkan sedang berbincang dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung draf rang undang-undang baharu itu berkata, ekoran pemansuhan Ordinan Darurat 1969, lebih 2,600 tahanan di Simpang Renggam, Johor dibebaskan dan mereka kembali melakukan aktiviti jenayah.

Menjawab satu soalan Perdana Menteri berkata: "Ini bukan untuk berpatah balik, kita mahu mengekalkan bahawa usaha memerangi jenayah adalah berkesan tetapi pada masa sama kita perlu memastikan kebebasan individu dan tiada penyalahgunaan kuasa.

Sementara itu, merujuk kepada tindakan saman terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membatalkan keputusan pilihan raya baru-baru ini Najib berkata negara ini mempunyai undang-undang dan sesiapa juga boleh mengambil apa jua tindakan berlandaskan proses undang-undang negara.

Isnin lepas tiga parti pembangkang dan lima individu memfailkan saman terhadap SPR bagi memohon deklarasi keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13)

Mei lepas yang diumumkan SPR bagi kesemua 222 kerusi Parlimen adalah batal dan tidak sah.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan pemberian bonus untuk kakitangan awam menjelang ketibaan Hari Raya Aidilfitri pula Najib berkata:"Nanti kita akan kaji. Masih ada masa lagi". -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan