PAPA & MAMA Sambut Baik Pelaksanaan Visa Pembantu Rumah Indonesia

Diterbitkan: Rabu, 17 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (PAPA) menyambut baik pengumuman Jabatan Imigresen Malaysia untuk melaksanakan Visa Dengan Rujukan (VDR) bagi kemasukan pembantu rumah Indonesia yang menggantikan Journey Perform Visa (JP Visa) bermula 1 Oktober.

Presiden PAPA Jeffrey Foo berkata pelaksanaan VDR bukan sahaja dapat melalui proses tapisan berturutan dalam memastikan pengambilan pembantu rumah lebih berkualiti oleh majikan, malah dapat mengelak penyalahgunaan JP Visa.

"VDR mengadakan proses tapisan yang berturutan seperti pemeriksaan perubatan serta memastikan pembantu rumah mendapat latihan mencukupi sebelum masuk ke negara ini. "Dengan pelaksanaan itu, kami menjangkakan bilangan kemasukan pembantu rumah yang berkualiti dapat ditambah dan dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada majikan selepas pelaksanaan VDR itu," katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau mengulas kenyataan Ketua Pengarah Imigresen Datuk Alias Ahmad semalam bahawa semua permohonan warganegara Indonesia untuk bekerja sebagai pembantu rumah asing di Malaysia perlu melalui VDR dan bukan lagi menggunakan JP Visa bermula 1 Oktober.

Foo berkata sebelum ini tidak banyak agensi pembekal tenaga kerja Indonesia berminat membekalkan pembantu rumah ke negara ini menyebabkan majikan di negara ini membelanjakan kos lebih tinggi untuk mengambil mereka menggunakan JP Visa sehingga mencecah RM10,000.

"Jika dipohon melalui JP Visa, apabila berlakunya sebarang masalah sama ada dihadapi pihak majikan ataupun pembantu rumah, mereka tidak mempunyai saluran untuk mengadu kerana mereka tidak terlalu terikat dengan syarat. "Lagipun, JP Visa tidak melalui saluran tapisan yang sistematik menyebabkan majikan mudah mendapat pembantu rumah yang tidak berkualiti dan majikan terpaksa mengambil tanggungjawab sendiri jika menghadapi risiko pembantu rumah mereka lari dari rumah," katanya.

Menurutnya kadar kos pengambilan RM8,000 yang diumumkan oleh kerajaan pada 1 Julai lepas juga dilihat sebagai harga yang munasabah kepada majikan kerana pembantu rumah Indonesia melalui pelbagai tapisan serta proses yang ketat sebelum dibawa masuk ke negara ini. "Lagipun, mereka juga disahkan sihat, Jabatan Imigresen serta agensi-agensi pengambilan pembantu rumah juga dapat memastikan pembantu rumah yang bakal dibawa masuk ini mendapat latihan yang mencukupi sebelum diupah majikan," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Majikan Amah Malaysia (MAMA) Engku Ahmad Fauzi Engku Muhsein berkata pihaknya amat menantikan keputusan kerajaan untuk mengadakan proses lebih ketat dalam pengambilan pembantu rumah Indonesia di negara ini.

Beliau berkata VDR dilihat lebih ketat dalam isu pemilihan pembantu rumah Indonesia dengan memastikan yang berkualiti sahaja dapat masuk ke negara ini seperti dari segi kesihatan dan kualiti kerja.

Menurutnya MAMA pernah mencadangkan kepada kerajaan supaya menurunkan sedikit kos pengambilan pembantu rumah Indonesia iaitu daripada RM8,000 kepada RM5,995 bagi meringankan beban majikan.

"Sebelum ini RM4,511, menurut kajian yang kami jalankan di pasaran, RM8,000 dilihat tinggi dan sangat membebankan mereka untuk menggaji seorang pembantu rumah Indonesia, oleh itu kami mencadangkan harga RM5,995 sebagai harga berpatutan dan boleh ditanggung oleh majikan," katanya.

Setakat ini pihaknya belum membincangkan mengenai penyelarasan yuran untuk mengambil pembantu rumah dari negara lain seperti Myanmar dan Kemboja kerana tidak begitu popular dalam kalangan majikan di negara ini.

"Sekarang, tumpuan kami hanya pada penyelarasan yuran untuk pembantu rumah Indonesia kerana mereka popular dalam kalangan majikan di negara ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan