Mayat Mangsa Tanah Runtuh Kundasang Dijumpai - Berita Semasa | mStar

Mayat Mangsa Tanah Runtuh Kundasang Dijumpai

Diterbitkan: Rabu, 17 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pasukan mencari dan menyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia serta orang kampung membantu usaha mencari mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan tanah di Kundasang, Sabah pada RAbu.
Pasukan mencari dan menyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia serta orang kampung membantu usaha mencari mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan tanah di Kundasang, Sabah pada RAbu.

RANAU: Mayat wanita warga emas yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Mesilou, Kundasang dekat sini ditemui pada Rabu.

Mayat penjual strawberi Dohumie Kinte, 78, ditemui pada 12.15 tengah hari di kawasan kebunnya dalam timbunan tanah runtuh itu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Nordin Pauzi berkata mayat Dohumie yang berbaju kurung dan bertudung itu ditemui oleh pasukan bomba dengan kerjasama polis, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan penduduk kampung.

"Kerja-kerja mencari dan menyelamat menggunakan dua jentolak berjalan lancar hingga menemukan mangsa termasuk faktor cuaca yang baik pada hari ini," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Beliau berkata seramai lapan anggota Special Technical Operation Rescue Malaysia (STORM) Labuan digerakkan ke lokasi tanah runtuh pada pukul 5 pagi tadi untuk misi mencari dan menyelamat.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Ranau untuk bedah siasat.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.45 pagi semalam, Dohumie dipercayai sedang memetik strawberi seorang diri di kebunnya seluas lebih satu hektar. -BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan