MAS Sedia Bantu Bawa Pulang Pelajar Malaysia Dari Mesir - Hishammuddin

Diterbitkan: Rabu, 17 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Malaysia Airlines (MAS) bersedia untuk membantu kerajaan membawa pulang pelajar dari Mesir jika pergolakan di negara itu bertambah buruk.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata syarikat penerbangan itu telah memaklumkan kesediaan mereka selepas kementerian mengadakan perbincangan bersama anggota Lembaga Pengarah syarikat itu, petang Selasa.

"MAS dalam keadaan bersiap siaga untuk membawa pulang pelajar kita pada bila-bila masa...namun buat masa ini keadaan tidak mendesak (untuk berbuat demikian) kerana keadaan di sana (Mesir) masih terkawal. "Kalau boleh, kita mahu membawa pelajar pulang selepas 9 Ogos ini, kerana waktu ini universiti masih dibuka dan pelajar sedang menghadapi peperiksaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Pelancaran Lesen Memandu Bentuk Baharu di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ Padang Jawa, di sini.

Bagaimanapun, katanya keputusan membawa pulang pelajar Malaysia itu bergantung kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Wisma Putra.

"Selain itu, kita juga akan meneliti perkara lain termasuk mengenal pasti jumlah pelajar yang ingin kembali ke Malaysia dan saluran lain yang boleh digunakan untuk membawa mereka pulang," katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai pelaksanaan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), Hishammuddin yang juga Pemangku Menteri Pengangkutan berkata status pelaksanaan sistem itu hanya akan diketahui selepas kementerian membentangkan kepada kabinet beberapa isu berbangkit mengenainya.

"Kita dah jumpa pihak Jabatan Peguam Negara dan pihak berkepentingan...kita juga dengar hujah mereka dan imbangkan dengan faktor keselamatan serta hujah orang ramai...kita juga telah sediakan beberapa opsyen untuk mengatasi kelemahan (AES) yang ada," tambahnya.

Pada majlis itu, Hishammuddin turut berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib, Isyak serta bertarawih bersama pegawai dan anggota JPJ.

Turut hadir, isterinya Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi dan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad.

Lesen memandu bentuk baharu yang dilancarkan itu, mempunyai ciri keselamatan yang dipertingkatkan termasuk gambar pemegang lesen dicetak bersama lesen berbanding, gambar hanya dilekat pada lesen, sebelum ini. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan