Kerajaan Kaji Pemberian Bonus Hari Raya Kepada Penjawat Awam

Diterbitkan: Rabu, 17 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang media mengenai pindaan akta berhubung isu mempersendakan bulan ramadan dan penghinaan terhadap kesucian agama Islam ketika di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya pada Rabu -Foto BERNAMA
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang media mengenai pindaan akta berhubung isu mempersendakan bulan ramadan dan penghinaan terhadap kesucian agama Islam ketika di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya pada Rabu -Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Kerajaan sedang mengkaji permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang meminta bonus sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Nanti kita akan kaji. Masih ada masa lagi," katanya kepada pemberita dalam satu persidangan media di bilik mesyuarat khas pejabatnya di sini, Rabu.

Pada Selas, Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berharap kerajaan akan memberikan bonus setengah bulan gaji sempena Aidilfitri kepada 1.4 juta penjawat awam walaupun mereka akan menerima kenaikan gaji tahunan pada bulan ini.

Omar dilaporkan berkata pemberian bonus itu dapat mengurangkan beban mereka dalam membuat persiapan hari raya kerana perbelanjaan ketika Ramadan dan Aidilfitri adalah tinggi berbanding hari biasa.

Kenyataan Cuepacs itu menyusul sehari selepas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata kerajaan masih belum berbincang mengenai pemberian bonus, dan pengumuman Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) dua kali untuk tahun ini sudah boleh dianggap sebagai bonus.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan