Kegembiraan Pelajar Cemerlang Terbantut Dengan Kurusus Ditawarkan IPTA

Diterbitkan: Rabu, 17 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Chai Yee Lin bercita-cita hendak menjadi seorang doktor sejak kecil.

Dia belajar bersungguh-sungguh hingga mencatatkan keputusan yang cemerlang dengan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 4.0 dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Kegembiraan remaja yang berasal dari Puchong, Selangor ini membuatkan dia segera mendorongnya memohon kursus perubatan, pergigian, farmasi dan 'bio-medical' di Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Putra Malaysia.

Namun keterujaannya itu bertukar menjadi berita sedih apabila dia hanya ditawarkan kursus veterinar di Universiti Malaysia Kelantan.

"Ya, saya memang ada memohon kursus sains veterinar sebagai pilihan terakhir dalam borang permohonan, namun saya yakin dengan keputusan saya yang cemerlang saya akan dapat kursus perubatan atau pergigian," katanya.

Chai berkata apa yang lebih mengecewakan dirinya adalah apabila rakannya yang memperoleh CGPA 3.92 ditawarkan kursus pergigian di USM.

Ibunya, Tham Ah Yeing yang juga seorang suri rumah berkata anaknya telah belajar dengan bersungguh-sungguh kerana dia ingin meringkan beban keluarganya.

"Dia sangat kecewa selepas mendapati dia hanya ditawarkan kursus sains veterinar. Dia tidak boleh menerimanya," katanya.

Choong Yong Seng merupakan salah seorang pelajar cemerlang yang memperoleh keputusan CGPA 4.0 namun lebih malang baginya apabila dia tidak menerima sebarang tawaran daripada IPTA.

"Saya sangat gembira selepas mendapat keputusan STPM, dan saya mempunyai kenyakinan tinggi akan memperoleh tempat untuk mengambil kursus perubatan di IPTA.

"Saya tidak menyangka akan tercicir dan tidak menerima sebarang tawaran," kata Choong.

Remaja berusia 20 tahun yang berasal dari Pulau Pinang itu berkata dia hanya memohon di IPTA yang menawarkan kursus perubatan, dan tidak akan menerima sebarang kursus yang tidak berada dalam senarai yang dipohonnya.

Bagi pelajar Matrikulasi, Deveshini Uthandi, 20, yang memperoleh CGPA 3.96 berkata hatinya luluh apabila mengetahui permohonannya untuk masuk ke IPTA tidak berjaya.

"Saya mahu keluarga saya bangga dengan menjadi ahli keluarga pertama yang masuk ke IPTA.

"Saya mahu menjadi seorang doktor. Ini kerana kos untuk mengambil kursus perubatan di kolej swasta sangat mahal. Sebab itu saya berusaha bersungguh-sungguh untuk mencatatkan keputusan yang cemerlang dalam pelajaran," katanya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan