Jemaah Haji Uzur Dinasihat Beri Laluan Kepada Jemaah Haji Lain

Diterbitkan: Rabu, 17 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji menasihatkan jemaah haji yang uzur agar memberi laluan kepada jemaah lain untuk menunaikan haji berikutan pemotongan kuota sebanyak 20 peratus tahun ini.

Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata mereka juga dinasihatkan menangguhkan pemergian ke Tanah Suci memandangkan kerja pembesaran Masjidil Haram di Makkah masih dijalankan.

Ini dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan jemaah yang uzur dan menghidap penyakit seperti darah tinggi, asma dan yang sedang menjalani rawatan dialisis, katanya.

Bercakap kepada pemberita pada majlis sumbangan zakat Projek Ehsan TH di sini, Rabu, Abdul Azeez berkata kuota jemaah haji dari Malaysia kini dikurangkan kepada 25,000 berbanding 28,000 sebelum ini.

Pengurangan kuota jemaah haji itu berikutan arahan terbaru kerajaan Arab Saudi berikutan kerja pembesaran Masjidil Haram di Makkah.

"Pemotongan tersebut bukan sahaja dibuat di Malaysia, malah di seluruh dunia bagaimanapun kita akan cuba ikhtiar untuk merayu lagi kepada kerajaan Arab Saudi untuk menambahkan kuota," katanya.

Pada majlis itu, Abdul Azeez yang juga anggota Parlimen Baling, turut menyampaikan sumbangan zakat TH kepada seramai 270 penerima dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, bertujuan meringankan beban kewangan dan membantu dalam persediaan menyambut Aidilfitri. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan