Indonesia Akan Sahkan Perjanjian Jerebu Rentas Sempadan Menjelang Akhir Tahun

Diterbitkan: Rabu, 17 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Indonesia akan mengesahkan Perjanjian Asean Mengenai Pencemaran Jerebu Merentasi Sempadan menjelang akhir tahun ini atau pada awal tahun depan, kata Menteri Alam Sekitar negara itu Prof Dr Balthashar Kambuaya.

Beliau berkata perkara itu akan dibincang di parlimen untuk mencapai keputusan muktamad.

"Di pihak kerajaan kami, semuanya sudah siap. Kerajaan Indonesia sudah menandatangani perjanjian berkenaan, tapi kami perlu membincangkannya di parlimen," katanya pada sidang akhbar bersama pada hari terakhir mesyuarat tiga hari pasukan petugas untuk mencari penyelesaian terhadap masalah jerebu di sini, Rabu.

Malaysia menjadi tuan rumah Mesyuarat Kumpulan Kerja Teknikal Ke-15 dan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Subwilayah Peringkat Menteri Mengani Pencemaran Jerebu Merentasi Sempadan.

Menteri Alam Sekitar dari Malaysia, Brunei, Indonesia, Singapura dan Thailand menghadiri mesyuarat itu, yang bermula Isnin.

Ia diadakan apabila Indonesia menerima tekanan hebat supaya mengesahkan perjanjian berkenaan setelah kabut tebal daripada pembakaran hutan di Sumatra dan Riau menyelubungi sebahagian Malaysia dan Singapura baru-baru ini.

Ditanya kenapa Kerajaan Indonesia mengambil masa yang begitu lama untuk mengesahkan perjanjian itu, Dr Kambuaya berkata: "Kami mengambil masa untuk mengesahkannya kerana Indonesia mempunyai banyak parti politik.

Kami perlu berbincang dengan semua pihak untuk memastikan parlimen kami bersetuju mengesahkannya.

"Saya ingin nyatakan bahawa walaupun kami belum mengesahkannya, tapi kami sudah melaksanakan beberapa perkara yang terkandung di dalam perjanjian itu," katanya.

Mengenai lapan syarikat yang dikenal pasti melakukan pembakaran hutan di Riau dan Jambi dan menyebabkan keadaan berjerebu, beliau berkata siasatan sedang dijalankan dan pihak berkuasa akan mendedahkan identiti pihak yang tidak bertanggungjawab itu secepat mungkin.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia Datuk Seri G. Palanivel ketika mengalu-alukan komitmen Indonesia itu berkata negara anggota Asean perlu mempunyai sistem amaran awal yang lebih canggih dan lebih bersedia untuk menghadapi kebakaran yang dijangka berlaku pada masa akan datang.

Katanya perkara itu penting agar tindakan segera boleh diambil untuk membendung kebakaran daripada menjadi tidak terkawal.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan