Duta Vatican City Minta Maaf Berhubung Isu Kalimah Allah

Diterbitkan: Rabu, 17 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Duta Vatican City ke Malaysia Biskop Joseph Marino pada Selasa meminta maaf kepada rakyat Malaysia atas salah faham dan rasa kurang senang yang timbul susulan kenyataannya mengenai penggunaan kalimah Allah.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata duta itu menjelaskan tidak berniat untuk mencampuri hal ehwal dalaman Malaysia.

Marino dipanggil ke Wisma Putra pada 12 tengah hari Selasa, kata Anifah dalam kenyataan di sini.

Duta itu dilapor menyokong kempen gereja tempatan untuk menggunakan kalimah 'Allah' sebagai rujukan kepada 'God' dalam kalangan penganut Kristian.

Sokongan terbuka Marino itu menimbulkan rasa kurang senang beberapa pertubuhan Islam yang menyifatkan perbuatan berkenaan sebagai tidak sensitif serta menyinggung perasaan umat Islam dan rakyat Malaysia.

Pada pertemuan itu, Anifah menjelaskan kepada duta berkenaan bahawa kenyataannya telah menimbulkan kontroversi dan mencetuskan bantahan keras daripada orang ramai.

"Biskop Marino dinasihati supaya peka dengan sensitiviti agama di negara tuan rumah dan isu yang diulasnya itu masih pada peringkat Mahkamah Rayuan.

"Dalam hal ini Biskop Marino diminta berpegang kepada prinsip asas amalan diplomatik dan tidak campur tangan hal ehwal dalaman negara tuan rumah," katanya.

Susulan pertemuan itu kedua-dua pihak bersetuju untuk bekerjasama lebih rapat bagi memperkukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Holy See selain menggalakkan hubungan lebih akrab dalam kalangan semua agama, kata kenyataan tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan