Cuepacs Tetap Mahu Kerajaan Pertimbang Bonus Aidilfitri

Diterbitkan: Rabu, 17 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini tetap meminta kerajaan memberi bonus setengah bulan gaji sempena Aidilfitri kepada 1.4 juta penjawat awam walaupun mereka akan menerima kenaikan gaji tahunan pada bulan ini.

Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata pemberian bonus itu dapat mengurangkan beban mereka dalam membuat persiapan hari raya kerana perbelanjaan ketika Ramadan dan Aidilfitri adalah tinggi berbanding hari biasa.

"Sekarang ramai peniaga yang menaikkan harga barang sempena musim perayaan. Jika diberi bonus setengah bulan itu diharap dapat mengurangkan beban perbelanjaan mereka," katanya ketika dihubungi Bernama, Selasa.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa yang menyatakan kerajaan masih belum membincangkan mengenai pemberian bonus Aidilfitri itu.

Pada Isnin, Ali dilapor berkata kerajaan sebelum ini telah mengumumkan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) dua kali untuk tahun ini yang boleh dianggap sebagai bonus.

Mengulas lanjut, Omar berkata pemberian bonus itu juga dapat menaikkan semangat bekerja dalam kalangan penjawat awam, sekali gus turut membantu meningkatkan produktiviti mereka.

"Bonus setengah bulan yang diberikan secara 'advance' kepada penjawat awam bukan sahaja dapat memberi semangat kepada mereka untuk memberikan perkhidmatan awam terbaik kepada rakyat, malah menggembirakan anggota keluarga mereka kerana persiapan hari raya lebih mudah dan tidak membebankan," katanya.

Omar juga berkata kenaikan gaji tahunan dan bonus setengah bulan haji sempena Aidilfitri untuk penjawat awam adalah dua perkara berbeza.

Beliau berkata pemberian KGT dua kali pada tahun ini telah dijanjikan oleh kerajaan dan merupakan kenaikan sama rata mengikut gred jawatan tetapi bonus setengah bulan Aidilfitri adalah khusus untuk musim perayaan.

Justeru, katanya Cuepacs amat berharap kerajaan dapat mempertimbangkan pemberian bonus setengah bulan gaji sempena Aidilfitri itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan