Calon BN Belum Sempat Jamah Ikan Bakar, Ayam Percik Masakan Isteri

Diterbitkan: Rabu, 17 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA BESUT: Ikan bakar dan ayam percik yang disediakan isteri adalah makanan kegemaran calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman setiap kali tibanya bulan Ramadan.

Namun, pada Ramadan kali ini beliau belum sempat menikmati juadah berbuka puasa kegemarannya itu kerana kesibukan berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Isterinya, Siti Salbiah Osman, 34, berkata seperti keluarga lain mereka sekeluarga pastinya akan berbuka puasa bersama-sama namun pada Ramadan tahun ini belum berkesempatan untuk berbuat demikian lagi kerana suaminya sibuk memenuhi jadual berkempen bersama masyarakat sekitar.

"Keadaan itu bagaimanapun difahami anak-anaknya dan telah pun dijelaskan sebaik sahaja ayah mereka itu dipilih menjadi calon.

"Kita kena terangkan kepada anak-anak takut mereka tidak faham. Kita kena ambil hati mereka, maklumlah budak-budak. Tapi syukur mereka boleh terima keadaan ini," katanya ketika ditemui Bernama.

Pasangan itu dikurniakan Tengku Zawani Afifi, 10, Tengku Zawati Afini,8, Tengku Muhammad Zarif Fikri, 6, dan Tengku Zahirah Ilyani, 4.

Siti Salbiah berkata jadual padat suaminya itu tidak langsung menjejaskan hubungan mereka sekeluarga malah bertambah erat dan kukuh dengan menghulurkan sokongan dan bantuan tidak berbelah bahagi.

Menjadikan prinsip di belakang kejayaan seorang lelaki hadirnya seorang wanita, guru di Sekolah Kebangsaan Kuala Besut 2 itu turut menunjukkan sokongan dengan mengiringi suaminya ke majlis-majlis kempen.

"Saya faham cabaran yang dihadapinya dalam meyakinkan pengundi untuk menerima BN kerana tugas itu bukan mudah namun berkat kerjasama dan sokongan semua pihak, insya-Allah kita boleh menjayakannya," katanya yang mengambil cuti untuk membantu suami.

Beliau juga berkata semangat juang tinggi di kalangan keluarga khasnya bapa mentua, Che Ku Abd Rahman Che Ku Abdullah turut membantu kempen mereka dalam lebih memperkenalkan suaminya di kalangan masyarakat sekitar.

Che Ku Abd Rahman merupakan seorang ahli politik, guru agama, bekas pengerusi persatuan nelayan dan pengamal perubatan Islam yang aktif di sekitar Kuala Besut ini. Dilaporkan, kira-kira 3,000 hingga 4,000 ahli keluarga calon berada di sekitar kawasan ini termasuk di Pulau Perhentian dan ini antara faktor yang boleh menjadi pemangkin kejayaan Tengku Zaihan.

Tengku Zaihan, 37, anak tempatan itu akan ditentang calon PAS, Azlan Jusoh, 48, seorang ahli perniagaan dalam PRK DUN Kuala Besut yang akan diadakan pada 24 Julai ini.

Kuala Besut mempunyai 17,683 pengundi dan kekosongan DUN Kuala Besut berlaku berikutan kematian penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan