Bekas Pembantu Peguam Bela Dakwa Anwar Serah Dokumen Cuti Sakit Palsu

Diterbitkan: Rabu, 17 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas pembantu peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay pada Rabu membuat laporan polis berhubung dakwaan penggunaan dokumen cuti sakit palsu ketua pembangkang itu bagi menangguhkan perbicaraan kes perhimpunan Bersih 3.0.

Yuktes tiba bersama-sama dua rakannya di Balai Polis Jalan Travers, di sini pada kira-kira 10.40 pagi untuk membuat laporan polis itu.

Bercakap kepada pemberita kemudian, beliau mendakwa Anwar menyerahkan dokumen cuti sakit palsu itu pada September tahun lepas kepada mahkamah.

Beliau turut menyerahkan bukti dokumen cuti sakit palsu itu kepada polis.

"Penyerahan sijil (surat) palsu mungkin kelihatan sebagai perkara remeh, namun apa yang ingin saya buktikan di sini ialah kesanggupan pihak pembangkang mengkompromi sistem mahkamah," katanya.

Sehubungan itu, beliau mendesak bekas Presiden Majlis Peguam Negara Datuk S. Ambiga memandang serius isu penggunaan dokumen cuti sakit palsu oleh Anwar.

Yuktes menjelaskan beliau tidak mendedahkan perkara itu lebih awal kerana bimbangkan keselamatannya setelah beliau banyak menerima kecaman dan ugutan setelah surat-surat terbukanya kepada Anwar disiarkan di laman-laman portal. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan