Tidak Perlu Pinda Undang-Undang Untuk Laksanakan AES - Hishammuddin

Diterbitkan: Selasa, 16 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hishammuddin bersama timbalannya Datuk Aziz Kaprawi (kiri) melihat lesen memandu masing-masing yang baru selepas melancarkannya pada Majlis Pelancaran Reka Bentuk Baharu Lesen Memandu Malaysia dan Majlis Berbuka Puasa Kementerian Pengangkutan di Jabatan Pengangkutan Jalan Shah Alam di Shah Alam, Selasa. -fotoBERNAMA
Hishammuddin bersama timbalannya Datuk Aziz Kaprawi (kiri) melihat lesen memandu masing-masing yang baru selepas melancarkannya pada Majlis Pelancaran Reka Bentuk Baharu Lesen Memandu Malaysia dan Majlis Berbuka Puasa Kementerian Pengangkutan di Jabatan Pengangkutan Jalan Shah Alam di Shah Alam, Selasa. -fotoBERNAMA

SHAH ALAM: Tidak ada keperluan untuk meminda undang-undang bagi melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, satu mesyuarat telah diadakan baru-baru ini dengan semua pihak yang terlibat dengan AES dan tiga hingga empat pilihan telah dikemukakan mengenai pelaksanaan sistem itu.

Pihak-pihak berkepentingan itu termasuklah Peguam Negara, polis dan syarikat konsesi serta pandangan orang ramai.

Hishammuddin mengakui terdapat beberapa kelemahan dalam sistem itu apabila ia mula-mula dilancarkan, tetapi hasrat untuk memperkenalkan sistem itu perlu diteruskan.

"Tidak perlu untuk meminda undang-undang. Isu-isu yang telah dibangkitkan, sama ada positif atau negatif, tidak harus mengalihkan perhatian kita daripada hasrat asal (AES).

"Mungkin ada beberapa sekatan atau kelemahan, tetapi keutamaan adalah keselamatan jalan raya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan reka bentuk baru bagi lesen memandu Malaysia di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini.

Pengenalan AES akhir tahun lepas telah menjadi kontroversi.

AES menangkap gambar dan video kereta yang memandu laju atau melanggar lampu merah di kawasan sasaran dan saman akan dikeluarkan sewajarnya kepada pesalah.

Pada awal tahun ini, Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk membekukan semua prosiding mahkamah yang berkaitan dengan saman yang dikeluarkan di bawah AES selepas kebimbangan undang-undang yang dibangkitkan oleh pihak tertentu.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan