Tiada Lagi 'Journey Performed Visa' Untuk Permohonan Pembantu Rumah Indonesia

Diterbitkan: Selasa, 16 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mulai 1 Oktober, semua permohonan warganegara Indonesia untuk bekerja sebagai pembantu rumah asing di Malaysia perlu melalui Visa Dengan Rujukan (VDR) dan bukan lagi menggunakan 'Journey Performed Visa' (JP Visa).

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Alias Ahmad berkata ia selaras pemansuhan JP Visa yang diputuskan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin pada 1 Julai lepas.

"Jabatan Imigresen Malaysia tidak akan lagi menimbang permohonan baharu warganegara Indonesia yang telah memasuki negara ini melalui Pas Lawatan Sosial untuk bekerja sebagai pembantu rumah asing di Malaysia mulai 1 Okt 2013," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

Permohonan melalui VDR telah dipersetujui dalam pindaan Memorandum Persefahaman 2011 antara kedua-dua negara yang ditandatangani di Nusa Bali, Indonesia.

Menurutnya bakal majikan perlu mengemukakan permohonan baharu pembantu rumah Indonesia mengikut prosedur yang ditetapkan, dan pembantu rumah itu hanya akan dibenarkan memasuki negara ini selepas mendapat kelulusan Jabatan Imigresen setelah semua syarat dipatuhi.

Alias berkata permohonan melalui VDR adalah lebih teratur kerana majikan akan menggaji pembantu rumah asing yang terlatih dan berkemampuan.

"Pembantu rumah asing yang bakal bekerja dengan majikan juga telah disahkan sihat sebelum memasuki negara ini agar tidak merisikokan ahli keluarga majikan," katanya.

Prosedur itu juga akan memastikan kebajikan pembantu rumah asing lebih terjaga dengan penekanan terhadap hak sewajarnya sebagai seorang pekerja domestik.

Katanya kes penderaan dan isu majikan tidak membayar gaji pembantu rumah asing juga boleh dipantau kerana latar belakang penggajian mereka oleh majikan telah mendapat syor daripada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Kementerian Sumber Manusia. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan