Tengku Zaihan Yakin Golongan Muda Sokong BN

Diterbitkan: Selasa, 16 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman
Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman

BESUT: Calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman yakin golongan muda akan bersama parti itu dalam usaha memenuhi tuntutan kumpulan berkenaan khususnya dalam meningkatkan taraf ekonomi rakyat.

Menurut beliau, sepanjang lima hari tempoh berkempen, pelbagai pandangan dan suara golongan itu dinyatakan terutama mengenai harapan mereka terhadap kerajaan BN.

"Saya juga masih muda, dapat rasa dan faham apa kehendak golongan muda dalam mengejar arus pembangunan.

"Apabila saya bersama mereka, kami bercakap menggunakan bahasa yang sama...jadi tak ada masalah untuk saya dekati mereka," katanya ketika ditemui sewaktu berkempen di sini, Selasa.

Pada pilihan raya kecil Kuala Besut, Tengku Zaihan yang merupakan seorang jurutera awam bakal berhadapan dengan calon PAS, Endut @ Azlan Yusof, seorang kontraktor.

DUN Kuala Besut mempunyai 17,679 pengundi dan lebih 50 peratus daripadanya ialah pengundi muda.

Mengikut pecahan umur, sebanyak 27.94 peratus berumur 21 hingga 29 tahun, 27.36 peratus (30 hingga 39 tahun), 19.34 peratus (40 hingga 49 tahun), 12.86 peratus (50 hingga 59 tahun) dan 12.49 peratus berumur 60 tahun ke atas.

Mengulas lanjut Tengku Zaihan berkata, beliau meletakkan sasaran untuk menemui seramai mungkin pengundi sebelum hari pengundian 24 Julai ini.

"Sehingga kini hampir 50 peratus pengundi sudah ditemui dan saya yakin dapat bertemu dengan semua dalam baki tempoh berkempen ini.

"Saya berjumpa dengan seramai mungkin tidak kira mereka penyokong pembangkang ataupun tidak," katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan