Surendran Mahu Ahmad Shabery Dirujuk Ke Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan Parlimen

Diterbitkan: Selasa, 16 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran mahu Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dirujuk kepada Jawatankuasa Hak Asasi dan Kebebasan Parlimen.

Surendran menuduh Ahmad Shabery mengelirukan Dewan Rakyat apabila beliau didakwa berkata RTM tidak cenderung kepada mana-mana parti.

"Speaker akan mendapatkan pandangan daripada kementerian sebelum membuat keputusan sebelum Khamis," kata Surendran kepada pemberita di lobi Parlimen, Selasa.

Naib presiden PKR itu merujuk kepada jawapan bertulis Ahmad Shabery kepada beliau pada 9 Julai, di mana beliau menyatakan bahawa maklumat yang disampaikan oleh RTM (Radio Televisyen Malaysia) adalah berdasarkan nilai berita dan tidak cenderung kepada mana-mana parti.

Ahmad Shabery berkata, buat kali pertama dalam sejarah pilihan raya umum di Malaysia, parti-parti politik diberi akses media untuk menerangkan manifesto mereka melalui saluran media rasmi kerajaan.

"Keputusan ini adalah berdasarkan cadangan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai Pembaharuan Pilihan Raya," katanya dalam jawapan.

Pada PRU-13, satu pengumumman telah dibuat bahawa pembangkang akan mempunyai slot 10 minit di RTM untuk menerangkan tentang manifesto pilihan raya mereka.

Langkah ini telah dikutuk oleh pembangkang, termasuk Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, yang berkata tawaran 10 minit itu adalah serupa dengan melayan Pakatan Rakyat seperti "peminta sedekah".

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan