SKMM Masih Terus Siasat Alvin & Vivian

Diterbitkan: Selasa, 16 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Alvin dan Vivian menaiki kenderaan mereka untuk mengikut Pegawai Penyiasat Polis pada Isnin.
Alvin dan Vivian menaiki kenderaan mereka untuk mengikut Pegawai Penyiasat Polis pada Isnin.

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) masih meneruskan siasatan terhadap penulis blog seks, Alvin Tan dan Vivian Lee meskipun mereka telah disoal siasat lebih sembilan jam pada Isnin.

Penasihat Komunikasi Strategik SKMM, Sheikh Raffie Abdul Rahman berkata pihaknya mahu siasatan itu diselesaikan dengan cepat tetapi ia dilihat mengambil sedikit masa untuk diselesaikan.

Kami mahu selesaikan kes ini secepat mungkin tetapi saya percaya ia mengambil masa selama dua hingga tiga hari lagi," katanya.

Ketika ditanya mengapa dua penyiasat polis hadir dan mengiringi pasangan tersebut ke lokasi berlainan malam Isnin, Sheikh tidak tahu mengenainya.

The Star Online cuba mendapatkan komen pasangan terbabit yang dikenali sebagai 'Alvivi' tetapi mereka gagal dihubungi.

Sebelum ini ketika ditanya sekiranya mereka ingin meminta maaf kepada rakyat Malaysia berhubung tindakan mereka itu Alvin berkata: "Kami telah memohon maaf di YouTube. Kami ikhlas," kata Alvin sambil berjalan menuju ke keretanya bersama dengan Vivian pada Isnin.

Pada Khamis lalu pasangan itu telah memuat naik gambar dengan mempersendakan bulan Ramadan sambil menikmati hidangan dengan kapsyen 'Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh...wangi enak dan menyelerakan' berserta logo halal.

Pasangan berkenaan boleh didakwa mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Mengikut akta berkenaan, jika sabit kesalahan pasangan terbabit boleh didenda sehingga RM50,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan