Kulim Hi-Tech Park Paling Berjaya - Mustapa

Diterbitkan: Selasa, 16 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kulim Hi-Tech Park (KHTP) menarik 78 syarikat besar dan kecil dengan pelaburan berjumlah RM30 bilion sehingga Mac lepas, menjadikannya taman perindustrian teknologi tinggi paling berjaya di negara ini, Dewan Rakyat diberitahu pada Selasa.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata KHTP menyediakan 24,000 peluang pekerjaan di kawasan seluas 1,853 ekar (741.2 hektar).

"Pelabur-pelabur sedia ada di KHTP ini telah menambah pelaburan sebanyak RM7.7 bilion setakat ini dan mengikut yang diketahui tidak ada syarikat yang menutup operasi di KHTP sebaliknya permintaan untuk taman ini amat tinggi sekali.

"Ia satu angka yang besar. Oleh itu, KHTP ini satu kawasan industri (teknologi) tinggi yang paling berjaya di negara ini," katanya ketika menjawab soalan Datuk Othman Aziz (BN-Jerlun) semasa persidangan Dewan Rakyat.

Mustapa berkata untuk membangunkan KHTP, kerajaan persekutuan telah membelanjakan hampir RM800 juta melalui geran berjumlah RM449.1 juta dan pinjaman berjumlah RM326.92 juta dari kerajaan persekutuan kepada Kulim Hi-tech untuk membeli tanah dan kerja-kerja penyediaan infrastruktur.

Dalam pada itu, Mustapa berkata satu perbincangan akan diadakan dengan kerajaan negeri Kedah hujung bulan ini bagi membincangkan masa depan KHTP.

"Kerajaan negeri mempunyai perancangan untuk menambah 2,450 ekar (980 hektar) menjadikannya 4,300 ekar (1,720 hektar). Ini menunjukkan keyakinan tinggi kerajaan negeri Kedah tentang prospek industri teknologi tinggi ini," katanya.

Mustapa berkata kerajaan negeri juga berhasrat untuk memperluaskan bidang pelaburan daripada elektrik dan elektronik kepada bidang-bidang berteknologi tinggi lain seperti bioteknologi.

"Jika teliti perancangannya akan berkembang lebih dua kali ganda dan ini memerlukan kepelbagaian pelaburan di KHTP," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan