Akta, Seksyen Undang-Undang Siber Perlu Dipinda - Peguam Negara

Diterbitkan: Selasa, 16 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGI: Pindaan terhadap beberapa akta dan seksyen sedia ada berhubung undang-undang siber perlu dilakukan bagi memastikan ia terus relevan dengan keadaan semasa, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

"Antara akta berkaitan ialah Kanun Keseksaan, Akta Keterangan, undang-undang siber, jenayah komputer dan juga akta multimedia yang perlu kita teliti.

"Tapi tidak semua akta itu ketinggalan zaman, hanya bahagian tertentu sahaja. Sebaliknya kita (perlu) masukkan teknologi baharu, pemikiran baharu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Mengenai Jenayah Siber: Cabaran Praktikal dan Trend Semasa di sini, Selasa.

Sehubungan itu, katanya, perbincangan dengan pihak-pihak yang berkepentingan perlu dilaksanakan sebelum dipinda.

Ditanya sama ada pindaan itu akan mempertimbang untuk menaikkan penalti terhadap sesuatu kesalahan, Abdul Gani berkata:" Buat masa ini ia bukan persoalan mengenai penalti. Ia satu persoalan sama ada ia berkesan bagi menguat kuasa undang-undang".

Beliau berkata jenayah siber di negara ini agak membimbangkan yang dibuktikan dengan peningkatan kes-kes jenayah akibat komunikasi melalui internet seperti laman sosial dan e-mel.

Sementara itu, Abdul Gani berkata beliau tidak akan bersetuju kepada undang-undang baharu yang membenarkan penahanan untuk pencegahan.

"Saya penyokong kuat kepada undang-undang yang ada tanpa penahanan untuk pencegahan. Saya amat yakin bahawa pegawai penguat kuasa boleh menjalankan tugas tanpa bergantung kepada undang-undang sedemikian," katanya.

Beliau juga mengesahkan belum menerima sebarang draf daripada Kementerian Dalam Negeri berhubung akta baharu bagi menggantikan Akta Ordinan Darurat 1969 dan Akta Hasutan 1948. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan