Tidak Boleh Keluar KWSP Untuk Bayar Hutang Kad Kredit - Ahmad Maslan

Diterbitkan: Isnin, 15 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan tiada cadangan untuk membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi menyelesaikan kes bangkrap akibat hutang kad kredit.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata ini kerana pengeluaran wang KWSP hanya dibenarkan untuk tujuan persaraan atau untuk tujuan tambahan nilai simpanan itu.

Sehubungan itu, katanya, pengeluaran untuk tujuan melangsaikan hutang kad kredit atau hutang-hutang lain adalah tidak selaras dengan prinsip KWSP sebagai organisasi keselamatan yang menyediakan wang jaminan untuk persaraan.

"Pengeluaran seumpama itu akan mengurangkan jumlah simpanan dan menjejaskan kecukupan jumlah simpanan apabila bersara kelak," katanya ketika menjawab soalan Nawawi Ahmad (BN-Langkawi) pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini, Isnin.

Nawawi ingin tahu adakah kerajaan akan meluluskan pengeluaran KWSP bagi mereka yang menghadapi masalah bankrap akibat hutang kad kredit.

Ahmad Maslan berkata jumlah mereka yang diisytihar bankrap di Malaysia akibat kad kredit adalah kecil iaitu hanya 1,284 orang atau 6.6 peratus daripada jumlah keseluruhan 19,575 yang diisytihar bankrap pada 2012.

"Daripada Januari hingga Mac tahun ini, 257 diisytihar bankrap akibat hutang kad kredit atau 5.5 peratus dari 4,925 orang bankrap," katanya.

Sementara itu, menjawab soalan Nawawi adakah kerajaan akan melaksanakan penghapusan automatik hutang kad kredit dalam satu tempoh tertentu seperti dilakukan di sesetengah negara seperti Kanada, Ahmad Maslan berkata buat masa ini kerajaan tiada perancangan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan