Simulasi Celup Jari Dalam Dakwat Mungkin Khamis Ini - SPR

Diterbitkan: Isnin, 15 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA BESUT: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mungkin mengadakan simulasi penggunaan dakwat kekal dengan kaedah mencelup jari pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Khamis ini.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberitahu Bernama di sini, Isnin bahawa segala persediaan bagi menjalankan simulasi itu sedang diatur oleh SPR Terengganu.

Beliau berkata simulasi itu penting untuk memberi gambaran jelas mengenai cara mencelup jari ke dalam dakwat kekal berbanding kaedah mencalit seperti digunakan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei lepas.

SPR menetapkan 20 Julai ini sebagai tarikh pengundian awal PRK Kuala Besut manakala pengundian biasa ditetapkan pada 24 Julai ini.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi berkata simulasi itu akan disiarkan menerusi stesen televisyen tempatan seperti RTM bagi membolehkan pengundi dan parti-parti politik mengetahui tentang kaedah sebenar.

"Ia (simulasi) tidak akan mengambil masa yang lama. Kita akan panggil stesen televisyen untuk menyiarkan beberapa kali sebelum hari mengundi.

"Selain itu kita (SPR) juga akan letak gambar atau poster kaedah mencelup jari di bilik-bilik mengundi supaya pengundi boleh tengok dan tahu macam mana nak celup," katanya.

Wan Ahmad berkata SPR perlu memberi gambaran jelas mengenai kaedah mencelup jari sebelum hari pengundian awal kerana jika tidak ia mungkin dijadikan isu oleh pihak yang sentiasa cuba mencari kesalahan suruhanjaya tersebut.

PRK Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar dari Barisan Nasional (BN) pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.

Pilihan raya itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, seorang jurutera dan anak tempatan dengan calon PAS, Endot@Azlan Jusoh, 48, seorang ahli perniagaan. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan