Perbincangan Kerjasaman Transpasifik Pusingan ke-18 Bermula di Kota Kinabalu Hari Ini

Diterbitkan: Isnin, 15 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Rundingan Kerjasama Trans Pasifik (TPP) pusingan ke-18 bermula pada Isnin dengan keyakinan baharu tentang penyertaan Jepun dalam rundingan dagangan bebas untuk kali pertama.

Pengarah Kanan di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri J. Jayasiri berkata pegawai Jepun akan menyertai perbincangan TPP pada penghujung program yang dijadualkan bermula hari ini hingga 25 Julai.

"Rundingan kali ini melibatkan 11 negara, dan Jepun akan menjadi negara ke-12 yang akan menganggotai TPP," katanya kepada Bernama.

Jayasiri berkata seramai 900 peserta, termasuk pemegang kepentingan, telah mendaftar bagi rundingan itu.

"Tujuan kami ialah untuk mencapai banyak perkara dengan harapan untuk menyelesaikan perbincangan menjelang akhir tahun," katanya.

Beliau berkata di antara isu utama yang akan dibincangkan termasuk berkaitan alam sekitar, perkhidmatan kewangan, akses pasaran, pelaburan, halangan teknikal untuk berdagang dan e-dagang.

Sasaran akhir TPP adalah untuk menubuhkan kawasan dagangan bebas di Asia Pasifik.

Anggota cadangan bloc "dagangan bebas" itu termasuk Australia, Brunei, Kanada, Chile, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam. Kerjasama dagangan serantau itu bertujuan menubuhkan perjanjian dagangan bebas komprehensif di rantau ini. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan