PAS Tidak Eksploitasi Isu Dalaman Umno

Diterbitkan: Isnin, 15 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Salahuddin Ayub.
Salahuddin Ayub.

BESUT: PAS tidak akan mengeksploitasi isu dakwaan pergeseran dalaman antara kepimpinan Umno Terengganu bagi meraih sokongan pengundi.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, slogan 'undi PAS adalah undi untuk Idris Jusoh' seperti yang dilaungkan dalam ceramah mereka bukan strategi kempen yang digunakan PAS.

"PAS tidak akan guna isu ini untuk kepentingan kita. Kita tidak akan guna masalah yang berlaku antara Menteri Besar dengan Idris sebagai senjata," katanya pada sidang media di markas PAS di Kampung Baharu di sini, Ahad.

Beliau mengulas mengenai pendekatan penceramah PAS yang memainkan isu membabitkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Ketua Umno Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh yang didakwa tidak sehaluan.

Sebelum ini, Pengarah Pilihan Raya PAS pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Datuk Husam Musa membuat kenyataan yang meminta penyokongnya supaya mengundi calon PAS bagi mengimbangi kuasa politik kem Menteri Besar.

Menurut Husam, kemenangan PAS di Kuala Besut secara tidak langsung merupakan kejayaan bagi pihak Idris yang juga bekas Menteri Besar Terengganu itu.

Mengulas lanjut Salahuddin berkata, PAS akan menggunakan kekuatan parti dan calon yang diketengahkan bagi mendapatkan undi tanpa menggunakan kelemahan parti lawan.

Diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa sasaran PAS untuk mewujudkan situasi 'DUN tergantung' 16:16 akan mengakibatkan keadaan politik tidak stabil, Salahuddin bagaimanapun menolak pandangan berkenaan.

"Negara akan tetap stabil, Terengganu juga akan kekal stabil walaupun PAS berjaya wujudkan situasi 16:16.

"Rakyat akan memperoleh manfaat yang baik kerana mereka akan diberikan fokus yang lebih terutamanya dari segi pembangunan," katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan