KWSP Umum Polisi Tiada Hadiah Berkuat Kuasa Serta-Merta

Diterbitkan: Isnin, 15 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)pada Isnin mengumumkan pelaksanaan Polisi Tiada Hadiah yang melarang penerimaan dan pemberian hadiah kepada kakitangannya berkuat kuasa serta-merta.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Shahril Ridza Ridzuan dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata ia bertujuan mengelakkan percanggahan kepentingan dan menunjukkan komitmen KWSP bagi memberikan layanan sama rata kepada semua individu atau organisasi berhubung urusan dengan KWSP.

"Pihak luar tidak digalakkan untuk memberikan hadiah dalam apa jua bentuk kepada kakitangan KWSP dan sebaliknya, bukan sahaja semasa musim perayaan tetapi pada setiap masa apabila berurusan dengan KWSP," katanya.

Shahril Ridza berkata polisi itu telah diedarkan kepada semua 5,200 kakitangan KWSP di seluruh negara.

Katanya KWSP adalah antara agensi kerajaan pertama yang mengumumkan polisi itu kepada orang awam untuk memastikan tadbir urus korporat yang baik dan selaras dengan amalan terbaik perniagaan. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan