Jawatankuasa Pelancongan Di Setiap Negeri - Nazri

Diterbitkan: Isnin, 15 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan menubuhkan jawatankuasa pelancongan di setiap negeri dalam usaha mencapai sasaran 28 juta pelancong semasa Tahun Melawat Malaysia 2014.

Menterinya Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini berkata jawatankuasa mirip Majlis Tindakan Pelancongan Negeri yang pernah wujud suatu ketika dulu perlu ditubuhkan bagi menyelaraskan projek serta promosi pelancongan dan menyalurkan peruntukan diperlukan negeri.

"Kita telah membuat keputusan bahawa badan atau jawatankuasa ini perlu ditubuhkan bagi bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk mencapai sasaran kementerian dalam sektor pelancongan.

"Mengikut struktur kerajaan negeri, Exco pelancongan hanya berkuasa ke atas portfolionya saja, sedangkan pelancongan meliputi hutan, sungai, bukit-bukau yang berada di bawah bidang kuasa Exco lain...jadi perlu ada badan yang diberi mandat antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri supaya mereka ini berkuasa memutuskan tempat untuk dimajukan sebagai lokasi atau promosi pelancongan," katanya kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen di sini.

Katanya, jawatankuasa tersebut dijangka ditubuhkan selepas Aidilfitri ini dan menambah kata "semua peruntukan yang dipohon akan kita agihkan sama rata melalui jawatankuasa ini."

Sementara itu, di sidang media yang sama Anggota Dewan Undangan Negeri Kota Laksamana Lai Keun Ban menyerahkan memorandum kepada Mohamed Nazri bagi menggesa kerajaan negeri Melaka menarik balik pembukaan trafik di pusat perniagaan Jonker Walk setiap malam Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Memorandum itu mengandungi 33,400 tandatangan peniaga, penduduk dan pelancong sekitar Melaka.

Mengulas isu berkenaan, Mohamed Nazri berkata beliau akan bertemu dengan Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron sekali lagi untuk berbincang agar keputusan pembukaan trafik di Jonker Walk ditarik balik. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan