Alvin, Vivian Disiasat Mengikut Seksyen 233 (1) AKM 1998

Diterbitkan: Isnin, 15 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasangan yang mempersendakan Ramadan, Alvin Tan dan Vivian Lee akan disiasat mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Penasihat Komunikasi Strategik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Sheikh Raffie Abdul Rahman, berkata kertas siasatan melibatkan pasangan itu dijangka siap dua atau tiga hari lagi.

"Setakat hari ini, siasatan terhadap kedua-duanya masih berjalan dan dijangka berakhir lewat petang ini.

"Sebaik siap kertas siasatan dalam tempoh dua atau tiga hari lagi, ia akan diserahkan ke Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya," katanya pada sidang media di Bangunan Sultan Abdul Samad di sini, Isnin.

Mengikut akta berkenaan, jika sabit kesalahan pasangan terbabit boleh didenda sehingga RM50,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Pasangan itu tiba di SKMM di Bangunan Sultan Abdul Samad kira-kira pukul 10.45 pagi Isnin untuk memberi keterangan berhubung tindakan mereka mempersenda bulan Ramadan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan