40 Peserta Hadiri Mesyuarat Pasukan Petugas Teknikal MSC - Berita Semasa | mStar

40 Peserta Hadiri Mesyuarat Pasukan Petugas Teknikal MSC

Diterbitkan: Isnin, 15 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 40 pegawai teknikal dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand menghadiri mesyuarat pasukan petugas teknikal bagi membincangkan kaedah memperkukuhkan kerjasama dalam menangani masalah jerebu di rantau ini.

Kesemua peserta daripada jabatan alam sekitar lima negara itu dijangka membuat persediaan untuk mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Peringkat Menteri Sub-Wilayah (MSC) di sini, Rabu ini.

Semasa mesyuarat MSC itu, Malaysia, selaku penganjur,akan terus menggesa Indonesia untuk meratifikasi Perjanjian Asean Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (CO5).

Jumaat lepas, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata Malaysia juga akan meminta negara-negara anggota MSC memberi lebih penekanan kepada penyelesaian jangka panjang dalam mencegah episod jerebu di rantau ini.

Objektif MSC, yang ditubuhkan pada 2006, adalah untuk menyelia pelaksanaan langkah-langkah yang ditingkatkan bagi mengelak berulangnya jerebu asap dari kebakaran tanah dan hutan di wilayah-wilayah di Indonesia. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan