Wanita BN Azam Pastikan Majoriti Lebih Besar di Kuala Besut

Diterbitkan: Ahad, 14 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil

KUALA LUMPUR: Wanita Barisan Nasional (BN) akan memastikan calon parti gabungan itu menang dengan majoriti besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Besut 24 Julai ini.

Malah, Ketua Pergerakan Wanita Umno yang juga Ketua Wanita BN Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berharap majoriti itu akan melebihi keputusan pilihan raya umum ke-13.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, beliau berkata semangat dan komitmen Wanita BN berada di tahap tertinggi dan beliau sendiri akan menentukan Gerak Kerja Jalinan Rakyat Wanita BN bagi PRK Kuala Besut berjalan lancar.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, seorang jurutera menentang calon PAS, Endot@Azlan Jusoh, 48, seorang ahli perniagaan.

Kerusi DUN Kuala Besut kosong berikutan kematian penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar (BN) pada 26 Jun lepas.

Sementara itu, Shahrizat dan Exco Pergerakan Wanita Umno turut merakamkan ucapan tahniah kepada 27 orang Setiausaha Politik menteri Kabinet yang dilantik baru-baru ini.

Bagaimanapun, mereka berpendapat sudah tiba masanya golongan wanita turut dilantik ke jawatan itu.

"(Ia) selaras dengan hasrat kerajaan BN untuk memperkasakan wanita khususnya di bidang politik dan di tempat-tempat membuat keputusan," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan