Tujuh Lagi Terkandas Di Ruang Transit KLIA

Diterbitkan: Ahad, 14 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mohammed Abulabbad menunjukkan tiket penerbangannya ke Kaherah dibatalkan di KLIA.
Mohammed Abulabbad menunjukkan tiket penerbangannya ke Kaherah dibatalkan di KLIA.

PETALING JAYA: Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) menyelamatkan tujuh penumpang lagi yang terkandas di kawasan transit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selama lebih daripada 12 hari.

Pengurus Besar Kanan (Perkhidmatan Operasi) MAHB, Datuk Azmi Murad pergi ke lapangan terbang pada pukul 2 petang selepas The Star memaklumkan kepada beliau mengenai keadaan mereka.

Bersama dengan para pegawai keselamatan lapangan terbang, beliau telah membawa ke bilik menunggu di mana keluarga warga Syria seramai enam orang berada di KLIA sejak 1 Julai.

Khaled Ali, 40, yang merupakan seorang guru dan isterinya Rwaida Shahada, 36, serta empat anak-anak mereka tinggal di laluan pejalan kaki yang sempit dan tersembunyi di ruang transit.

Keluarga itu tiba dari Abu Dhabi untuk mendapatkan penerbangan transit ke Sweden dan mendapati mereka terkandas kerana kehilangan pasport.

“Saya menyerahkan pasport kami dan AS$10,000 (RM30,000) kepada seorang lelaki di Abu Dhabi yang menawarkan bantuan untuk membawa kami ke Sweden.

“Tetapi setibanya kami di sini, kami mendapati bahawa dia tidak berada dalam penerbangan yang sama. Dia telah bersembunyi dan kami tidak dapat mengesannya,” katanya, sambil menambah dia telah pun membuat laporan di balai polis KLIA.

Khaled berkata, tujuan utama keluarganya mahu ke Sweden kerana anak lelakinya yang berumur 11 tahun tidak dapat berjalan dan bercakap dan memerlukan bantuan perubatan.

Azmi memberitahu pegawainya untuk menyediakan bantuan perubatan serta-merta kepada kanak-kanak itu dan membuat tempahan hotel transit lapangan terbang untuk keluarga itu.

“Seorang dermawan menawarkan bantuan untuk membayar penginapan dua bilik hotel sehingga kami menyelesaikan pengurusan pasport dan penerbangan dengan Kedutaan Syria,” katanya.

Seorang lagi warga Palestin, Mohammed Abdulabbad, 26, yang turut bersembunyi di ruang transit itu secara sukarela untuk menyerah diri apabila dia ditanyakan oleh The Star untuk membawanya bertemu dengan Azmi.

Mohammed telah terbang ke KLIA dari Jakarta secara transit untuk ke Kaherah untuk pulang ke rumahnya di Gaza.

Tetapi sebelum dia dapat menaiki pesawat, dia telah dilarang memasuki balai berlepas oleh kakitangan Egyptian Airline kerana dia tidak mempunyai visa ke Mesir.

“Saya bertemu dengan Ahmed Kanan pada hari keempat terkandas dan kami menjadi kawan. Saya telah menghubungi Kedutaan Palestin di Kuala Lumpur, dan pegawai kedutaan memberitahu saya bahawa ia akan mengambil masa dua minggu untuk saya mendapatkan visa ke Mesir. Saya hanya menunggu sejak itu,” katanya.

Azmi, yang bercakap dengan seorang pegawai kedutaaan berkata, Mesir telah menutup sempadannya untuk rakyat Palestin yang mahu pergi ke Gaza kerana pergolakan yang berlaku di negara itu.

Beliau berkata, syarikat penerbangan tidak sepatutnya membiarkan Mohammed begitu sahaja tetapi sepatutnya mempunyai tanggungjawab dengan memaklumkan perkara itu kepada pihak lapangan terbang dan imigresen.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan