Perbezaan Politik Tidak Seharusnya Bawa Konflik Keterlaluan - PM

Diterbitkan: Ahad, 14 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan sumbangan kepada warga emas pada majlis berbuka puasa bersama kepimpinan Umno Selangor dan masyarakat di Masjid Jamiur Ridhuan, Jeram di Hulu Selangor pada malam Ahad. -Foto BERNAMA
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan sumbangan kepada warga emas pada majlis berbuka puasa bersama kepimpinan Umno Selangor dan masyarakat di Masjid Jamiur Ridhuan, Jeram di Hulu Selangor pada malam Ahad. -Foto BERNAMA

KUALA SELANGOR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata biarpun ada perbezaan politik dan pendapat di kalangan umat Islam di Malaysia, ia tidak seharusnya membawa kepada konflik yang keterlaluan.

"Sebaliknya kita cari titik pertemuan agar umat Islam dan Islam itu sendiri tidak tergugat dan kita dapat majukan bumi Malaysia ini kepada masa depan yang jauh lebih baik lagi," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama kepimpinan Umno Selangor dan masyarakat setempat di Masjid Jamiuridhuan, Simpang Empat Jeram di sini malam Ahad.

Beliau berkata Malaysia menolak fahaman ekstremis dan fanatik serta mereka yang hendak melakukan kerosakan di bumi Allah ini dan sebaliknya mengamalkan kesederhanaan dan jalan tengah yang dilihat pendekatan terbaik untuk negara dan Islam.

Selain itu, katanya, kerajaan juga mengamalkan dasar inklusif, yang menghimpunkan mereka yang beragama Islam dan bukan beragama Islam di bawah satu pentadbiran yang adil dan saksama.

"Satu daripada sebab Malaysia aman damai dan harmoni bukanlah macam negara yang terlibat dalam pergolakan di Afrika Utara dan Timur Tengah kerana kita amalkan dasar-dasar kesederhanaan, kerana jalan tengah...sederhana jalan sebaik-baiknya mengikut Islam," katanya. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan