Pengaruh PAS Kelantan Sukar Tembusi Kuala Besut - Annuar Musa

Diterbitkan: Ahad, 14 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA BESUT: Kuala Besut masih kubu kuat Barisan Nasional (BN) dan sukar dipengaruhi politik PAS Kelantan meskipun ia bersempadan dengan negeri yang ditadbir PAS itu, kata bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa.

Sebaliknya, pemerhatian beliau mendapati pengaruh BN Besut melangkau ke kawasan-kawasan Kelantan yang bersempadanan dengan Besut apabila BN menguasai Parlimen Machang dan Ketereh serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Selising di kawasan Parlimen Pasir Puteh.

"Secara umumnya walaupun kita berjiran, pengaruh (PAS) dari Kelantan tidak mampu menumbangkan BN pada PRK Kuala Besut nanti kerana polar politik dan cara rakyat membuat keputusan antara Kelantan dan Terengganu tidak sama," kata Anggota Parlimen Ketereh itu kepada Bernama di sini.

Annuar berada di sini malam Sabtu untuk menyokong kempen calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dengan bertemu penduduk di sekitar Kampung Gong Nering.

Katanya, rakyat Kelantan yang berjiran dengan Besut dapat melihat prestasi kerajaan Terengganu sebagai model yang berjaya sama ada dalam bidang ekonomi, pelancongan, prasarana dan pendidikan.

"Jadi tiada sebab rakyat Kuala Besut akan terikut-ikut hendak meniru Kelantan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan