Pencerobohan Lahad Datu 'Wake Up Call' Rakyat Hadapi Ancaman Globalisasi

Diterbitkan: Ahad, 14 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata insiden pencerobohan di Lahad Datu merupakan "wake-up call" untuk rakyat Malaysia termasuk pasukan keselamatan bersatu menangani ancaman globalisasi yang merentasi sempadan.

Dalam hal ini, kata beliau, walaupun Ops Daulat kini berakhir namun tugas pasukan keselamatan, khususnya angkatan tentera belum terhenti.

"Ops Sanggah (yang menggantikan Ops Daulat) tidak bermakna kehadiran kita (tentera di Sabah) dikurangkan. "Sebenarnya kehadiran kita di Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM) and di 10 daerah di Esszone (Zon Keselamatan Timur Sabah) menjurus kepada bagaimana kita memantapkan lagi "wake up call" itu," katanya.

Hishammuddin bercakap kepada pemberita sempena majlis Berbuka Puasa di Dewan Kinabalu Kem Lok Kawi, dekat sini, Ahad. Pada majlis itu, Menteri Pertahanan turut menyampaikan Pingat Jasa Malaysia kepada 30 penerima veteran.

"Saya melihat ada hikmah daripada insiden pencerobohan di Sabah ini, dan hikmah itu memberi pengajaran bagi kita bukan sahaja di Sabah tetapi juga di kawasan-kawasan lain yang membimbangkan. "Sebenarnya ia juga menjadi contoh negara-negara lain di dunia," katanya.

Mengenai isu beberapa penumpang luar negara yang kini terkandas di kawasan transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur seperti yang dilaporkan akhbar, Hishammuddin berkata pendekatan bersepadu membabitkan pelbagai kementerian termasuk Kementerian Dalam Negeri wajar dilaksanakan bagi membetulkan keadaan.

Beliau yang juga pemangku Menteri Pengangkutan memandang berat perkara itu dan yakin ia boleh ditangani. "Kalau kita lihat masalah ini dalam satu sudut perspektif sahaja, kita tidak akan dapat menyelami punca masalah itu. "Saya percaya Ketua Pengarah Imigresen sekarang ini sedang bukan sahaja (membuat) pemantauan (mengenai perkara itu) tetapi juga menyediakan laporan". -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan