Malaysia Kerjasama Rapat Dengan Mesir Pastikan Rakyat Selamat - Hishammuddin

Diterbitkan: Ahad, 14 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia sedang bekerjasama rapat dengan pihak keselamatan Mesir bagi memastikan rakyat Malaysia, khususnya golongan pelajar, berada dalam keadaan selamat di negara itu, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, pegawai Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Duta Malaysia di Mesir telah mengadakan perjumpaan dengan pihak keselamatan Mesir iaitu National Security Of Egypt untuk mendapatkan bantuan mereka bagi memberi perlindungan keselamatan kepada pelajar-pelajar Malaysia.

"Saya selaku menteri yang diberi tanggungjawab terhadap rakyat Malaysia di sana, termasuk mengendalikan urusan keluar jika perlu, sentiasa memantau keadaan di sana dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri, Wisma Putra, MKN, Kementerian Pendidikan, Kedutaan Malaysia di Mesir dan Kementerian Pertahanan.

"Setakat ini, tiada kejadian tidak diingini berlaku ke atas rakyat Malaysia, khususnya pelajar-pelajar kita di sana," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Beliau berkata di bawah Ops Pyramid, pegawai-pegawai MKN telah memantau dan membuat persediaan perlu sekiranya keselamatan pelajar Malaysia tergugat akibat pergolakan di negara berkenaan sejak 7 hingga 11 Julai lepas.

MKN dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hishammuddin berkata, segala persediaan awal telah disusun dari penempatan pelajar Malaysia di Kaherah, Tanta sehingga ke Iskandariah dan akan bertindak membawa mereka keluar pada bila-bila masa, sekiranya diperlukan.

"Pihak MKN dan kedutaan sendiri telah berjumpa dengan pelajar-pelajar kita dan memberi jaminan bahawa kerajaan Malaysia akan lakukan apa saja untuk kepentingan serta keselamatan mereka," katanya.

Beliau berkata setakat ini, pelajar-pelajar Malaysia masih belum dibawa pulang kerana sedang menghadapi peperiksaan sehingga 8 Ogos depan.

"Mereka akan terpaksa mengulangi pengajian satu tahun lagi dan menduduki peperiksaan semula tahun hadapan sekiranya mereka dibawa pulang pada ketika ini," katanya.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan akan sentiasa memantau keadaan keselamatan mereka di negara berkenaan selain mendapatkan bantuan daripada pihak keselamatan Mesir untuk melindungi pelajar-pelajar Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan