SKMM Akan Siasat Pasangan Persenda Umat Islam Dalam Bulan Ramadan

Diterbitkan: Sabtu, 13 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan meneliti gambar makanan yang menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini dengan kapsyen Selamat Berbuka Puasa oleh pasangan blogger kontroversi, Alvin Tan dan Vivian Lee serta akan mengambil tindakan sekiranya perlu.

"Kami akan menyiasat perkara itu di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," kata seorang pegawai kepada The Star Online.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek juga sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Beliau menyifatkan ucapan tersebut sebagai tidak boleh diterima.

Pasangan terbabit memuat naik gambar sedang menikmati hidangan dengan kapsyen 'Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)... wangi, enak dan menyelerakan' di laman Facebook mereka.

Mereka turut meletakkan logo halal pada gambar berkenaan.

Tan berkata mereka memuat naik ucapan tersebut tanpa sebab. Sekadar gurauan, saya rasa'.

Pasangan itu kemudiannya turut dikritik oleh pengguna Internet kerana tidak menghiraukan perasaan orang lain.

Susulan itu mereka memadamkan kiriman tersebut dan menggantikannya dengan gambar mereka yang sedang menikmati ketupat, rendang dan karipap.

"Nah, sila nikmati makanan halal yang sebenar sekarang," menurut kapsyen gambar tersebut.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan