Pelajar Malaysia Di Mesir Selamat - Mantan Duta

Diterbitkan: Sabtu, 13 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ibu bapa pelajar yang berada di Mesir diminta tidak bimbang dengan keselamatan anak mereka kerana Kedutaan Malaysia di negara itu mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan mereka.

Mantan Duta Malaysia ke Mesir Datuk Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti berkata pihak kedutaan telah diberi kepercayaan sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia untuk memantau pergerakan mereka di negara bergolak itu.

"Sekiranya perlu, kerajaan akan mengambil tindakan sepatutnya. Namun pada masa ini, keadaan masih terkawal.

"Ibu bapa perlu letak sepenuh kepercayaan kepada pihak kedutaan kerana melalui pengalaman saya, kita sentiasa bekerjasama dengan kedutaan negara lain dari segi keselamatan serta kebajikan pelajar kita di sana," katanya pada sidang media di pejabat Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia (WAAG) di sini, Sabtu.

Mohd Fakhrudin turut menjelaskan bahawa setakat ini tiada insiden berlaku kepada pelajar Malaysia di Mesir malah mereka sentiasa mematuhi arahan keselamatan serta tidak terbabit dengan aktiviti mana-mana kumpulan bertelagah di negara itu.

"Ketika ini, terdapat kira-kira 11,400 pelajar Malaysia di Mesir dan daripada jumlah itu, kira-kira 7,000 merupakan pelajar Fakulti Perubatan yang tinggal berdekatan kawasan Dataran Tahrir," katanya sambil menambah pelajar itu dinasihatkan menjauhi kawasan-kawasan konflik demi keselamatan.

Katanya pihak Kedutaan Malaysia juga akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa dan akan mengambil langkah keselamatan jika pergolakan di negara itu berterusan.

Mesir kini dilanda pergolakan politik akibat penggulingan Presiden Mohammed Morsi, pemimpin yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat Mesir pada 30 Jun 2012 bagi menggantikan Hosni Mubarak.

Mohd Fakhrudin berkata kebanyakan pelajar telah pulang ke tanah air selepas peperiksaan akhir semester kecuali pelajar Fakulti Perubatan yang jadual peperiksaan mereka ditangguhkan seketika.

"Ramai pelajar kita telah pulang ke tanah air sehari selepas peperiksaan tamat kerana mereka telah menempah tiket penerbangan," katanya.

Kebanyakan pelajar Malaysia melanjutkan pengajian di Universiti al-Azhar di Kaherah, Zagaziq, Iskandariah dan beberapa wilayah lain.

Mohd Fakhrudin turut melahirkan kesedihan di atas kematian 51 orang setelah pasukan keselamatan melepaskan tembakan serta gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan yang dikatakan cuba menceroboh Kompleks Pengawal Republikan, lokasi Morsi ditahan pada awal pagi 8 Julai lalu.

"Lebih menyedihkan mangsa yang terbunuh ketika itu sedang menunaikan solat Subuh berjemaah di satu kawasan terbuka berdekatan Masjid Rabiatul Adawiyah yang menjadi tempat perhimpunan para penyokong Morsi," katanya.

Beliau turut menasihatkan rakyat Malaysia supaya menangguhkan atau menjadual semula lawatan ke Mesir kerana keadaan masih tidak menentu dan kemungkinan memuncak pada bila-bila masa sahaja. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan