Mukhriz Akan Bertemu Guan Eng Bincang Caj Air Mentah

Diterbitkan: Sabtu, 13 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JITRA: Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata beliau akan menemui Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk membincangkan caj penjualan air mentah dari negeri ini kepada Pulau Pinang.

Beliau berkata ini susulan Lim dilaporkan meminta untuk mengadakan perbincangan namun belum menetapkan tarikh yang sesuai.

Mukhriz berkata Lim telah salah faham mengenai tuntutan kerajaan negeri Kedah itu kerana tuntutan itu lebih bersifat menang-menang kepada kedua-dua pihak.

"Itu yang kita hendak sampaikan kepada Guan Eng namun belum sempat kita nak cakap apa-apa dia dah tolak. Sebagai negeri berjiran banyak perkara kita boleh saling bantu membantu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 280 Guru Al-Quran Sukarela dan Bidan Kampung kawasan Parlimen Jerlun pada majlis berbuka puasa di Kampung Pida Tiga, Tunjang dekat sini, malam Jumaat.

Mukhriz berkata perbincangan peringkat pegawai antara kedua-dua kerajaan telah dibuat dan boleh diteruskan pada peringkat kerajaan.

Lim sejak awal lagi menegaskan kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan membayar caj air mentah yang dituntut oleh Kedah dengan alasan air anugerah Tuhan adalah percuma dan mengikut undang-undang antarabangsa Pulau Pinang tidak perlu membayar sesenpun kepada Kedah.

Kedah membuat tuntutan untuk mengenakan caj tersebut atas alasan air yang dibekalkan adalah melalui Sungai Muda dan wang yang dikutip akan digunakan bagi menampung kos pemuliharaan kawasan tadahan air di kawasan Empangan Pedu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan