Kerajaan Perlu Beri Penjelasan Mengapa Kuota Pelajar Cina di IPTA Sangat Rendah - MCA

Diterbitkan: Sabtu, 13 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Dr Wee Ka Siong
Datuk Dr Wee Ka Siong

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu memberi penjelasan mengapa kuota yang diperuntukkan bagi pelajar berbangsa Cina di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) pada tahun ini sangat sedikit, kata Pengerusi Biro Pendidikan MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong.

Hanya 19 peratus permohonan pelajar Cina yang diluluskan, Dr Wee berkata ia tidak boleh diterima dan tidak adil kerana kebanyakan pelajar yang mencatatkan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 4.0 tidak menerima tawaran daripada IPTA.

"Daripada 19 peratus yang berjaya itu juga, ramai pelajar yang tidak bersetuju dengan kursus yang ditawarkan kerana mereka diberikan pilihan terakhir yang dimohon walaupun mencatatkan CGPA yang terbaik.

"Sekiranya pelajar yang cemerlang gagal mendapatkan kursus yang mereka minat, mereka akan menerima tawaran dari IPTA di Singapura," kata Dr Wee kepada pemberita dalam satu sidang media pada Jumaat.

Beliau berkata pendaftaran pelajar Cina di IPTA sejak pelaksanaan sistem meritokrasi sentiasa lebih daripada 25 peratus.

"Setakat ini kita telah menerima tujuh kes pelajar yang kecewa dan merungut apabila mereka tidak menerima sebarang tawaran atau menerima kursus yang mereka mahukan di IPTA," katanya.

Beliau menegaskan cara terbaik adalah dengan kerajaan segera bertindak sebelum pelajar berkenaan berhijrah ke luar negara untuk menyambung pengajian mereka.

iklan

iklan

Produk Berkaitan

Iklan