Kerajaan Kedah Akan Pindahkan Pelajar Tajaannya Di Mesir Jika Keadaan Memerlukan

Diterbitkan: Sabtu, 13 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JITRA: Kerajaan Negeri Kedah akan memindahkan seramai 897 pelajar tajaannya di Mesir ke tempat selamat jika pergolakan di negara itu mengancam keselamatan mereka. Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata kerajaan negeri juga menimbang untuk membawa mereka pulang jika keadaan memerlukan.

"Pada masa ini kita tidak bercadang membawa pulang pelajar-pelajar tersebut kerana membabitkan kos jutaan ringgit selain mereka boleh meneruskan pengajian apabila keadaan pulih.

"Kerajaan negeri bagaimanapun akan berbincang dengan kerajaan pusat mengenai tindakan yang wajar bagi menjamin keselamatan mereka," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada Guru Al-Quran Sukarela dan Bidan Kampung pada majlis berbuka puasa di Kampung Pida Tiga, Tunjang dekat sini, malam Jumaat.

Mukhriz nasihatkan pelajar di Mesir agar tidak terlibat dalam sebarang perhimpunan dan menjauhi kawasan huru hara dan rusuhan. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan