Tindakan Undang-Undang Jika Kutip Derma Khairat Tanpa Kebenaran - Jawi

Diterbitkan: Jumaat, 12 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mereka yang mengutip derma khairat (kebajikan umat Islam) di Wilayah Persekutuan tanpa kebenaran, boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau dipenjara enam bulan atau kedua-duanya.

Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Datuk Che Mat Che Ali berkata perkara itu diperuntuk di bawah Seksyen 84 Akta Pentadbiran Undang-undang Agama Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan 1993.

Seksyen ini turut terpakai kepada mereka yang meletakkan tabung derma di premis seperti restoran atau masjid atau menjalankan kutipan di tempat terbuka, katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

Che Mat yang juga Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), berkata sejak 'Operasi Derma' dijalankan kali pertama tiga minggu lepas, sebanyak 133 tabung derma khairat dirampas di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Ini termasuk tabung-tabung kutipan daripada negara luar untuk pelbagai tujuan tetapi tanpa surat kebenaran. Daripada jumlah ini 12 individu akan didakwa manakala yang lain-lain masih lagi disiasat dan telah diberi amaran," katanya.

Che Mat berkata pihaknya mendapati kutipan derma khairat itu turut melibatkan ejen dan sebilangan kecil sindiket yang menggunakan anak-anak yatim dan kanak-kanak.

"Ada juga yang menggunakan nama sekolah tahfiz...mereka (kanak-kanak) ini dikerah dan dieksploitasi demi kepentingan sesetengah pihak, apabila selesai mereka akan ambil budak-budak itu dengan kereta besar," katanya.

Bagi yang benar-benar memerlukan bantuan, beliau menyarankan mereka berdaftar dengan Baitulmal.

"Baitulmal mengeluarkan bantuan lebih RM75 juta setahun daripada kutipan melebihi RM400 juta setahun. Lebih 17,000 orang mendapat bantuan ini setiap tahun," katanya.

Dalam pada itu, Che Mat berkata Seksyen 15 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan dikuatkuasakan sepanjang Ramadan ini bagi memastikan umat Islam menghormati bulan mulia itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan