PRK Kuala Besut Saksikan Saingan Sengit BN-PAS

Diterbitkan: Jumaat, 12 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sebuah bot nelayan dihiasi dengan bendera BN dan Umno di Kuala Besut.
Sebuah bot nelayan dihiasi dengan bendera BN dan Umno di Kuala Besut.

KUALA BESUT: Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut menjadi salah satu pilihan raya yang menarik perhatian dan paling dinantikan kerana pengundi di kawasan tersebut bakal menentukan sama ada berlakunya senario Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu tergantung atau tidak.

Sepanduk dan bendera parti telah mula dipasang sejak beberapa minggu sebelum hari pengundian pada 24 Julai, sekali lagi menyaksikan ulangan pilihan raya umum ke-13, 5 Mei lalu.

Kerusi DUN Kuala Besut kosong ekoran kematian penyandangnya, Dr A.Rahman Mokhtar yang meninggal dunia pada 26 Jun lalu.

PRK kali ini menyaksikan saingan dua penjuru antara calon Umno yang juga seorang jurutera Tengku Zaihan Ch Ku Abd Rahman, 37 sementara PAS meletakkan seorang usahawan Azlan Yusof,48 bagi mewakili parti itu.

Biarpun PRK kali ini diadakan pada bulan Ramadan, ribuan penyokong parti masing-masing hadir di luar pusat penamaan calon di Kompleks Rakan Muda pada Jumaat untuk memberikan sokongan kepada calon yang bertanding.

Kuala Besut yang merupakan perkampungan nelayan, sangat popular sebagai jeti bagi pelancong yang ingin ke Pulau Perhatian.

Terletak di sempadan negeri Kelantan-Terengganu dan kira-kira 110 kilometer daripada ibu negeri Kuala Terengganu, bandar yang indah ini bakal menjadi perhatian untuk tempoh dua minggu akan datang.

Tanpa menghiraukan sama ada Speaker mempunyai kuasa pemutus untuk menentukan nasib DUN Terengganu, DUN berkenaan akan berada dalam senario tergantung sekiranya PAS menang dalam PRK kali ini kerana kedua-dua parti, mempunyai kerusi yang sama iaitu, 16-16.

Pada pilihan raya 5 Mei lalu, Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti, 2,343 undi menewaskan calon PAS.

Pada ketika ini DUN Terengganu BN menguasai 16 kerusi manakala pakatan pembangkang memiliki 15 kerusi (PAS 14, PKR satu).

BN dan PAS sudah pasti akan melakukan yang terbaik dalam memastikan mereka menang dalam PRK kali ini.

BN yakin dapat mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut dan bekas Menteri Besarnya, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala Besut mensasarkan parti itu akan menang dengan majoriti lebih besar, iaitu 4,000 undi pada 24 Julai ini.

Idris yang juga Ahli Parlimen Besut dan Menteri Pendidikan II bahkan mencadangkan kepada PAS mengalah pilihan raya kecil untuk "mengurangkan permainan politik".

PAS bagaimanapun menyelar tindakan Idris dengan melabelkan beliau sebagai pemimpin yang angkuh malah menegaskan mereka mempunyai peluang untuk merampas kerusi berkenaan yang kali terakhir dimenanginya pada 1999.

BN meletakkan Tengku Zaihan, yang merupakan bekas jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran. Ayahnya merupakan seorang tokoh agama yang dikenali di Kuala Besut, tidak ramai yang mengetahui Zaihan,37, pernah bekerja di Putrajaya sebelum ini.

PAS pula menyandarkan harapan kepada ahli perniagaan terkenal. Azlan yang lebih dikenali dengan panggilan Che Long merupakan anak jati Kuala Besut.

Beliau juga pernah memiliki sebuah stor kayu terkenal di daerah ini.

Azlan merupakan Bendahari PAS Besut, dan penyumbang dana terbesar dalam membantu kempen PAS di daerah berkenaan.

Pada peringkat awal, kedua-dua calon dilihat tidak bersedia untuk bertanding dalam PRK kali ini dan tidak faham dengan peranan media.

Tahu risiko yang akan dihadapi, pemimpin tertinggi daripada kedua-dua parti, BN dan PAS telah memulakan langkah masing-masing untuk memenangi hati dan pemikiran 17, 683 pengundi termasuk 1,149 pengudi tidak hadir.

Orang tempatan di sini sudah pasti tahu risiko yang akan dihadapi jika mereka memilih berhadapan dengan ketidakstabilan politik apabila jumlah wakil rakya BN dan Pakatan Rakyat adalah sama di DUN Terengganu.

Ada juga yang berpendapat satu pilihan raya negeri yang baru mungkin menjadi reality walaupun baru dua bulan pilihan raya umum berlangsung.

Sekiranya BN tewas di kerusi Kuala Besut, namun kuasa pemerintahan masih kekal kerana mereka ada kelebihan daripada aspek ‘kuasa Speaker’.

Namun ia akan menjadi masalah sekiranya satu lagi PRK terpaksa diadakan selepas itu.

Satu perkara yang pasti adalah BN perlu berhadapan dengan lebih risiko dalam pilihan raya kecil ini.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan