Perkembangan Terkini Penamaan Calon PRK DUN Kuala Besut

Diterbitkan: Jumaat, 12 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (dua, kiri) dan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengiringi calon Barisan Nasional, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman ke tempat penamaan calon di Kompleks Rakan Muda, Kampung Raja untuk Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut di Terengganu pada Jumaat. -Foto BERNAMA
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (dua, kiri) dan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengiringi calon Barisan Nasional, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman ke tempat penamaan calon di Kompleks Rakan Muda, Kampung Raja untuk Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut di Terengganu pada Jumaat. -Foto BERNAMA

BERIKUT merupakan perkembangan terkini proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut yang berlangsung di Kompleks Rakan Muda Daerah Besut pada Jumaat.

10 pagi: Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Kuala Besut, A. Rahim Jusoh mengumumkan proses penyerahan borang pencalonan ditutup.

9:24 pagi: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tiba di pusat penamaan calon.

9:15 pagi Calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman masuk ke dewan pusat penamaan calon.

9:01 pagi: Calon BN, Tengku Zaihan diarak ke pusat penamaan calon diiringi Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Turut bersama Muhyiddin ialah, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; Timbalan Pengarah PRK Kuala Besut, Datuk Seri Idris Jusoh; Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

9:00 pagi: SPR mengumumkan proses penyerahan borang calon PRK Kuala Besut dibuka.

8:41 pagi: Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di lokasi penyokong BN berkumpul.

8:35 pagi: Calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berada di lokasi penyokong BN menunggu ketibaan Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum berarak ke pusat penamaan calon.

8:25 pagi: Penyokong BN semakin ramai walaupun dalam keadaan hujan.

7:50 pagi: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tiba di lokasi penyokong BN berkumpul.

7:40 pagi: Hujan renyai-renyai mula turun di Kuala Besut.

7:30 pagi: Penyokong parti politik mula berkumpul di tempat yang dikhaskan untuk mereka sebelum berarak mengiringi calon ke pusat penamaan calon.

7:00 pagi: Laluan utama memasuki kawasan Kompleks Rakan Muda Daerah Besut mula ditutup.

Di pusat penamaan calon, kelihatan dua buah khemah disediakan untuk pengiring dan pemimpin Barisan Nasional (BN) dan PAS berkumpul.

6:30 pagi: Polis mengadakan sekatan jalan raya memasuki ke Kuala Besut dari arah Pasir Puteh, Kelantan.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan