Pengundi Perlu Elak 'DUN Tergantung' 16:16 -Muhyiddin

Diterbitkan: Jumaat, 12 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (dua, kiri) bermesra dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sewaktu bertemu ketika mengiringi calon masing-masing ke tempat penamaan calon di Kompleks Rakan Muda Kampung Raja untuk Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut di Terengganu pada Jumaat
-Foto BERNAMA
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (dua, kiri) bermesra dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sewaktu bertemu ketika mengiringi calon masing-masing ke tempat penamaan calon di Kompleks Rakan Muda Kampung Raja untuk Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut di Terengganu pada Jumaat -Foto BERNAMA

BESUT: Pengundi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut perlu melihat implikasi pilihan raya kecil ini dalam konteks yang lebih besar iaitu mengenai kestabilan politik di Terengganu secara keseluruhan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Terengganu berkemungkinan berhadapan dengan situasi politik yang tidak stabil sekiranya berlaku senario 'DUN tergantung' iaitu agihan kerusi 16:16 jika pembangkang memenangi kerusi DUN Kuala Besut.

"Saya lebih ambil berat tentang kestabilan kerajaan negeri.

"Insya-Allah apabila Barisan Nasional (BN) menang maka politik di Terengganu akan lebih stabil disebabkan BN menguasai jumlah kerusi yang lebih besar seperti mana yang berlaku sebelum kematian Dr A Rahman.

"Jika tidak keadaan akan terumbang ambing...inilah situasi yang boleh kita ramalkan," katanya pada sidang media selepas selesai proses penamaan calon di Kompleks Rakan Muda di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai strategi kempen PAS pada pilihan raya kecil ini iaitu dengan mengetengahkan sasaran 16:16 iaitu bagi menyamakan jumlah kerusi BN dan pembangkang di DUN.

DUN Terengganu mempunyai 32 kerusi dan menyaksikan BN menguasai 17 kerusi manakala pakatan pembangkang memiliki 15 kerusi (PAS 14, PKR satu).

PRK DUN Kuala Besut menyaksikan saingan satu lawan satu antara calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan wakil PAS, Endut @ Azlan Yusof.

Mengulas lanjut Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN dan Pengarah PRK BN Kuala Besut berkata, beliau yakin rakyat turut mahu mengelak berlakunya krisis Perlembagaan di Terengganu yang akan merencatkan pembangunan di negeri berkenaan.

"Sudah tentu dari segi soal kepentingan rakyat, ramai yang nak mengelak keadaan seperti itu berlaku. Bukan sahaja untuk Kuala Besut tapi seluruh Terengganu.

"Jawapan yang mudah ialah sokong BN, maka politik di Terengganu akan lebih stabil dan kita boleh teruskan semua usaha-usaha yang kita buat selama ini.

"Kalau tidak berlaku begitu, maka adalah kesan-kesan lain seperti Perlembagaan negeri, kedudukan raja, kestabilan politik serta kemungkinan pilihan raya baru perlu diadakan dan rakyat perlu keluar semula mengundi," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan