Kementerian Kesihatan Tidak Berdepan Krisis Bekalan Ubat

Diterbitkan: Jumaat, 12 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak berdepan dengan krisis bekalan ubat di klinik dan hospital kerajaan walaupun adakalanya kehabisan ubat tertentu berlaku.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM, Datuk Eisah A. Rahman menjelaskan bahawa faktor komunikasi antara pegawai farmasi dan doktor mungkin antara punca kehabisan ubat tertentu itu berlaku.

Bercakap kepada pemberita selepas sidang media mengenai Mitos and Realiti Industri Farmaseutikal anjuran Persatuan Industri Farmaseutikal Malaysia (PhAMA) di sini, Eisah memberi jaminan bekalan ubat di negara ini mencukupi.

"Saya tidak nafikan mungkin satu-satu masa itu fasiliti ubat memang mungkin tidak ada, kadang-kadang komunikasinya, mungkin tidak dimaklumkan kepada doktor yang menulis preskripsi ubat tertentu supaya doktor boleh buat keputusan untuk menawarkan ubat lain sebagai alternatif," katanya.

Beliau berkata pelbagai pendekatan lain boleh diambil oleh pihak hospital atau klinik contohnya meminjam stok ubat tertentu di klinik berlainan dan menghantar ubat secara pos agar tidak menyusahkan pesakit.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan KKM, Datuk Dr. Jeyaindran Sinnadurai dan Pengarah Eksekutif PhaMa Ewe Kheng Huat.

Eisah berkata tahun lepas sejumlah RM1.9 bilion dibelanjakan untuk bekalan ubat-ubatan dan menjangkakan pertambahan sebanyak 10 peratus bagi perbelanjaan sama tahun ini.

"Kita tidak ada masalah dari segi peruntukan, bagaimanapun kami sedang memohon peruntukan tambahan bagi menampung keperluan pesakit khususnya untuk hospital dan klinik kerajaan di negeri-negeri," katanya.

Menepis tanggapan bahawa ubat-ubatan yang dibekal pusat perubatan swasta lebih baik berbanding yang dibekalkan oleh klinik dan hospital kerajaan, Eisah berkata semua ubat-ubatan perlu melalui proses pendaftaran yang sama, termasuk dari aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanannya.

Mengulas mengenai penjualan ubat-ubatan secara dalam talian, Eisah menasihatkan orang ramai supaya lebih rasional dan tidak sewenang-wenangnya membeli produk yang dihebahkan, yang mungkin berisiko jika diambil tanpa mendapatkan preskripsi doktor. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan