Hukuman Rasuah SPRM Lebih Berat Dari Undang-Undang Syariah - Jamil Khir - Berita Semasa | mStar

Hukuman Rasuah SPRM Lebih Berat Dari Undang-Undang Syariah - Jamil Khir

Diterbitkan: Jumaat, 12 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hukuman rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 adalah lebih berat jika dibandingkan dengan hukuman di bawah undang-undang syariah di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata hukuman atau penalti bagi kesalahan memberi atau menerima suapan seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 24 Akta SPRM 2009 adalah lebih tinggi berbanding dengan hukuman di bawah undang-undang syariah.

"Dalam hal ini jelas menunjukkan bahawa hukuman bagi jenayah rasuah adalah lebih tinggi berbanding dengan hukuman yang boleh dilaksanakan di bawah undang-undang syariah yang berkuat kuasa di negara ini," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi menjawab cadangan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) yang menyarankan agar kesalahan rasuah dimasukkan dalam undang-undang syariah.

Menurut Jamil Khir, di bawah Akta SPRM 2009, hukuman atau penalti bagi kesalahan memberi atau menerima suapan apabila disabitkan boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan. - BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan