SPR Buat Demo Guna Dakwat Kekal

Diterbitkan: Khamis, 11 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan demonstrasi penggunaan dakwat kekal kepada pengundi bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, demonstrasi berkenaan penting bagi memberi kefahaman kepada pengundi mengenai kaedah baru penggunaan dakwat kekal.

"Kita sudah pinda kaedah penggunaan dakwat kekal iaitu bukan lagi dicalit pada jari tapi sebaliknya perlu mencelup jari ke dalam dakwat.

"Jadi kita akan adakan demonstrasi melalui media untuk dihebohkan kepada pengundi Kuala Besut supaya mereka tahu cara betul untuk mengundi," katanya pada sidang media selepas mengadakan tinjauan di pusat penamaan calon, Kompleks Rakan Muda di sini, Khamis.

Selain itu Wan Ahmad berkata, SPR juga akan mengeluarkan kenyataan dan risalah mengenai penggunaan dakwat kekal yang betul.

"Kita juga nak ingatkan orang ramai supaya jangan guna jari yang basah dengan dakwat untuk buat tanda di kertas undi. Ini banyak berlaku dalam PRU-13," katanya.

Selain itu mengulas mengenai proses penamaan calon yang akan berlangsung pada Jumaat, Wan Ahmad berkata pihaknya menjangkakan proses berkenaan selesai seawal pukul 10.30 pagi.

"Kita akan pastikan prosesnya berjalan lancar. Kita nak umum calon yang sah bertanding dengan segera sebab tak mahu orang (penyokong) tunggu lama," katanya.

Bagaimanapun Wan Ahmad menasihatkan penyokong parti politik supaya tidak hadir dengan jumlah yang ramai bagi mengelakkan kesesakan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan