Pembangkang 'Buat Kacau' Untuk Cetuskan Huru-Hara - Ku Nan

Diterbitkan: Khamis, 11 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pembangkang, khususnya, bertanggungjawab terhadap kemerosotan tahap toleransi di negara ini, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Sekarang kita ada pembuat kacau dan pembangkang sedang cuba membangkitkan beberapa perkara sehingga negara bertukar menjadi huru-hara," katanya, sambil menambah undang-undang seperti Akta Hasutan masih diperlukan demi kepentingan keselamatan negara.

Beliau juga berkata, undang-undang pencegahan yang baharu diperlukan untuk menangani kadar jenayah yang semakin meningkat.

"Kita perlukan satu lagi rancangan untuk menggantikan Ordinan Darurat kerana kita agak bimbang dengan apa yang sedang berlaku di sekeliling kita.

"Kerajaan perlu meletakkan sesuatu di 'tempatnya sekali lagi," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, Rabu.

EO telah dimansuhkan pada tahun 2011 berikutan kritikan bahawa ia adalah zalim dan tidak demokratik.

Tengku Adnan berkata, undang-undang baru yang dibincangkan akan bersifat lebih mencegah, bertujuan untuk menghalang jenayah dan bukan untuk menghukum.

Ditanya sama ada undang-undang pencegahan akan menimbulkan isu-isu seperti penahanan tanpa perbicaraan, beliau memberi jaminan bahawa Jabatan Peguam Negara akan melihat semua aspek undang-undang baru.

"Sudah tentu, manusia mahukan kebebasan dan kami telah memberikannya tetapi kadang-kadang, kebebasan boleh menjadi agak sukar untuk orang-orang yang baik," katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Juniadi Tuanku Jaafar berkata draf kertas kerja mengenai undang-undang pencegahan baru disediakan oleh Peguam Negara.

Beliau berkata langkah untuk menggubal undang-undang baru itu diperlukan berikutan permintaan yang semakin meningkat daripada pelbagai pihak, memandangkan peningkatan jenayah bersindiket seperti perjudian haram dan pengedaran dadah.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan akan melibatkan orang awam bagi mendapatkan maklum balas sebelum sebarang undang-undang dibentangkan di Parlimen.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan